manggester

Tuesday, December 13, 2011

Lidi



"nak satay?", soal ayah ketika orang-orang dipasar malam sibuk membeli belah.

"ikut suka ayah lah", balas aku dengan bahasa kiasan. gila apa kalau tak nak satay.

"nah pergi beli satay campur 30 cucuk", arah ayah sambil menghulurkan wang kerana dia sudah faham sangat dengan bahasa kiasan lapuk aku itu.


dalam perjalanan pulang, dua lidi satay aku telah licinkan. kerak-kerak terbakar dihujung lidi pun aku kunyah. benar-benar syorga bila dapat satay biar pun di syorga nanti lebih dari satay yang ada.

lidinya aku simpan dalam kocek seluar trek. jangan dibuang. aku ada misi!

makan malam kami turut dihidangkan satay yang aku beli tadi. ibu membahagi-bahagikan satay itu 5 cucuk seorang. aku yang sudah memakan 2 cucuk tadi turut mendapat 5 cucuk. ibu hanya ambil 3 cucuk sahaja. "ibu bukannye gemor sangat satay ni. kamu amek le satay ibu tu" jelas ibu dengan tindakannya dan 3 cucuk satay dipinggannya hanya satay ayam kerana kata ibu giginya tidak kuat untuk mengunyah satay daging lembu.

sambil makan aku perhatikan sahaja lidi-lidi satay yang sudah dihabiskan isinya oleh semua ahli keluargaku. dua lidi tadi sudahpun aku simpan dalam laci baik-baik. seusai makan lekas-lekas aku kutip lidi-lidi tersebut. lalu kedapur untuk dicuci.

berbalik kepada misi aku. lidi-lidi satay adalah satu permainan pada waktu itu. aku yakin ramai juga yang menggunakan lidi satay untuk bermain. genggam secekak lidi secara menegak. dan kemudian lepaskannya. ambil seberapa banyak lidi yang ada tanpa menyebabkan lidi-lidi lain terusik. seronok tapi sering kali aku tewas kerana jari yang agak besar menyukarkan diriku.

6 comments:

Marcella said...

budak zaman dulu pemainan sume kreatif..guna bahan terpakai,kitar semula..asal boleh je.yang penting dapat menggumbirakan hati..hehehe..

Miss FZ said...

ooo.aku main gak camtu dulu.hehe. tapi masa tu ade gak jual yg plastik punya kat kedai.

manggosteen said...

@marcella : haha..betol tu..lagi2 bila main ramai2..lagi syiok!

manggosteen said...

@cik fara: haha..yg plastik tu kena kuar modal..yg ni senang je ..satay dapat..lidi pn dapat..hahaha

ainzoo said...

arghhhhhhh...ko cakap satay pulak..last aku makan sate masa raya aritu..
abis exam ni aku nk wat sate lagi ar...

manggosteen said...

@ainzoo: dah buat nanti pos kat aku sket..ahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails