seorang paksu sedang berbual dengan anak saudaranya yang sudah bersekolah:
" najis apa paling berat?", soal paksu kepada anak saudaanya.
" najis mughallazoh", jawab anak saudaranya tanpa berfikir panjang. kerana baginya makan kacang lebih sukar dari menjawab soalan itu.
" salah!", paksu cuba menidakkan jawapan anak saudaranya.
" betul lah. cikgu kat sekolah ajar", anak saudaranya itu tegas dengan pendiriannya.
" najis paling berat, najis gajah lah. kan berat kalau diangkat", paksu cuba mempermainkan anak saudaranya.
" eleh. memanglah. paksu pernah angkat tahi gajah. memanglah berat! eeii..paksu pernah angkat tahi gajah." anak saudaranya membalikkan permainan tadi kepada paksunya.
" erk!", paksu terasa seperti tahi gajah telah dilemparkan kemukanya pula.
6 comments:
paksu dgn anak sedara sama je..
paksu melawak je, anak buah serius habis..budak2 memang gitu, percaya 100% apa yg cikgu cakap..hehehe..
sebab tu la potato chips & makanan rapu yang lain dipanggil makanan ringan... Dlm Oh Lawak!, 70% angin, 30% isi. Angin kan ringan... :D
@Marcella: ahaha..jangan main2 ngan budak2..nanti kita kena balik..
@ainzoo: haha..betul gak tu..padanla kalau kita pam tayar kat stesen minyak free je..sebab dpt 100% angin..tu lagi ringan..
tak jugak beb..kat tempat aku sekarang ni, kolo nk pam tayar, kena bayar..tak ingat berapa tah..(aku nek beskal je..pam tayar manual sbb xmo buh coin kat temat pam berbayar tu..)
huh..ye ke? itu kira macam diam2 angin, berisi kot..ahahha
Post a Comment