manggester

Tuesday, February 15, 2011

berita kematian rakan belum tiba, kau juga dijemput olehNYA


Jam 4.30 pagi aku sudah mencelikkan mata untuk menonton permainan bosan daripada pasukan BIRU dari London. dan keputusannya adalah biru berseri-seri dengan pasukan dari 'pondok pengecut'. ceh! rugi masa tidurku walaupun hari ini aku masih banyak masa untuk tidur.

sekembalinya aku dari kedai mamak yang mempunyai satu jam lebih dari kitaran jam normal bumi, aku terus menyalakan komputer peribadi yang tak berapa peribadi. kerana komputer dirumah aku semuanya adalah hak bersama.

kubuka youtube sambil melayan lagu kegemaranku sewaktu ditingkat lima iaitu 'everytime' dari britney spears. kemudian teringat pula aku pada rancangan raja lawak. aku taip raja lawak 5 'nazmi'. memang lawak la mamat ni. sedang aku asyik bergelak ketawa seorang diri, tiba-tiba hadir dua binatang terbang-terbang yang suka menyedut darah. nyamuk! bermain-main di layar komputer dan sekali-sekala dia cuba mencuri darah aku.



aku perhatikan saja tingkah lakunya. setelah tahap kesabaran aku melebihi 'boiling point' aku mula menjalankan misi pembunuhan kejam. nyamuk pertama tewas ketika cuba mencuri darah dilengan kiriku. dan selang beberapa saat, nyamuk kedua terputus sayap kerana dijentik olehku di layar komputer.

puas hati aku. setelah habis menonton lawak nazmi di youtube, aku segera ke bilik air untuk mengambil wudhu solat subuh. dan disitu lah seekor lagi nyamuk tiruk dilempang kedinding tandas. mungkin nyamuk tersebut belum sempat menerima berita kematian dua ekor rakannya diluar tadi. dan dia juga turut menerima nasib yang sama.

kepada nyamuk-nyamuk lain, awas dengan tindak-tanduk anda. kerana anda sedang diperhatikan. dan kepada yang membaca, cerita ini tiada kaitan dengan manusia yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.




::banyak betul nyamuk!

2 comments:

Fahmi Raazali said...

haha... padan muka nyamuk tu kan...

bilik aku ni... kadang2 byk nyamuk... kadang2 tu xrasa ape pun... :-)

manggosteen said...

ahaaha.tension gileaku..nak layan youtube pon dia kacau.akakka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails