manggester

Sunday, January 16, 2011

Padah Main Cinta Dengan Singa Betina ( Buaya Darat Dibaham Kekasih)


Berita Bohong : Tiga madu kepada Aslan (singa Narnia) telah membelasah si Buaya Darat setelah mengetahui bahawa buaya tersebut mempermainkan cinta mereka bertiga sebelum Aslan mengambil mereka sebagai isteri. Buaya tersebut dipercayai telah menodai kepercayaan ketiga-tiga singa betina tersebut sehingga salah seekor dari singa betina tersebut telah melahirkan anak hasil dari kerja terkutuk buaya tersebut.

Marah kerana buaya tersebut tidak mahu bertanggungjawab keatas anak tersebut, singa betina itu telah memanggil sekumpulan rakan singanya untuk membalas dendam terhadap perbuatan buaya itu. Riwayat hidup buaya itu juga turut berakhir dimulut anaknya sendiri.










Berita Sebenar : Seorang jurukamera (Tony Goldman) sempat merakamkan detik-detik cemas dimana seekor buaya dimamah rakus oleh tiga ekor singa betina. Buaya tersebut dilaporkan telah menganggu anak singa tersebut. Demi mempertahankan anak serta jagoan mereka sebagai 'Raja Rimba' di darat, ketiga-tiga singa tersebut bertungkus lumus menentang 'Sang Bedal' itu. Akhirnya buaya tersebut menjadi hidangan tengahhari bagi singa-singa tersebut.


Rujukan : Sott.net



:: kepada buaya darat sekalian
jangan bermain cinta dengan
singa betina. punah hidupmu.

4 comments:

Fahmi Raazali said...

erm... binatang pun sanggup gadaikan nyawa untuk lindungi anak diakan... tapi manusia pula ada yang buang sahaja anak mereka sehinggakan ada yang mati...

manggosteen said...

biasa la..kan iklan kat tv ckp ,dlm binatang takde manusia ..tapi dlm manusia ada binatang..

aqish basir said...

haha..padan muke dgn buaya tu

betul2x.buaya darat jgn kau salah main dgn buaya betina len sudah la haha

manggosteen said...

ahahha..buaya darat pon kena belasah ngan singa betina..singa betina mmg ganas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails