manggester

Monday, January 10, 2011

Kerjaya Membunuh

~Kisah pengajaran tiga atau empat tahun lepas.

Kalau anda bakal seorang jurutera, sila baca sehingga habis.

Muhamad Zulfadhli.. Namaku disebut oleh pensyarah lelaki berjambang halus yang mengajar subek mekanik bendalir itu. Melangkah penuh semangat untuk mengambil kertas ujian. Terasa yakin aku dapat keputusan yang baik kerana firasat menyatakan bahawa semua jawapan aku betul.

Tangan kanan kuhulur menggamit naskah berkulit jingga tersebut. Mata melirik ke atas kertas di sudut kanan. Melotot mataku kerana markah yang aku perolehi hanya separuh daripada jumlah keseluruhan. Kecewa sambil langkah longlai kuhanyunkan.

Segera kududuk dan memeriksa hasil pemeriksaan pensyarahku itu. Ku minta kertas jawapan sahabatku yang berjaya mendapat markah hampir penuh. Ku teliti satu persatu. Semuanya sama cuma jawapan akhirku yang berbeza.

"Siapa yang tidak puas hati dengan markah sila angakat tangan", umum pensyarah itu. Segera ku arahkan telunjukku keatas. "Ya,kamu..kenapa?",balasnya dari jauh. Ku mulakan bicara," encik, jalan kerja saya betul. tetapi jawapan akhir yang salah. mungkin tersalah tekan kalkulator" kalkulator Casio 570ms maksudku. Dengan harapan pensyarah tersebut akan bersimpati denganku dan akan memeriksa semula kertas jawapanku.

"ok. kejap", jelasnya sambil meletakkan kertas ujian pelajar yang tidak hadir. "Kamu semua rasa, kerja apa yang paling susah dan berat?", sambungnya bernada soalan. Banyak jawapan yang diberikan oleh rakan-rakanku. Aku membisu kerana masih membelek-belek kertas jawapanku. Antara jawapan-jawapan yang terlintas adalah doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Soalan dan jawapan umpama untuk pelajar-pelajar sekolah menengah rendah.

"Bagi saya kerja yang paling susah dan besar tanggugjawabnya adalah jurutera. sebab apa?",pensyarah itu memberikan jawapannya. Semua pelajar termangu dan tertunggu-tunggu penjelasannya. " Cuba awak bayangkan. Seorang yang mengambil kursus kedoktoran akan menjadi seorang doktor. "Seorang doktor akan merawat hanya seorang pesakit dalam satu masa. Jika dia gagal merawat pesakit itu dan pesakit itu meninggal dunia, hanya dia seorang sahaja yang mati. Dan doktor itu akan mengesahkannya dan akan membuat kaji selidik kematian itu", cerita pensyarah itu dengan penuh semangat.

Doktor hanya membunuh seorang pesakit jika dia gagal

"Kalau jurutera pula encik?", soal rakan sekelasku. "Kalau jurutera pula, dia akan merangka sesuatu projek dan dia juga meluluskan projek tersebut. Ini bermakna dia bertanggungjawab dengan keselamatan projek tersebut walaupun rekaan yang diluluskan itu adalah tidak selamat untuk dibangunkan. Cuba awak bayangkan seorang jurutera meluluskan suatu bangunan dan bangunan itu diduduki oleh ramai penghuni. Secara tiba-tiba bangunan itu gagal dan runtuh. Ramai akan mati disebabkan oleh kesilapan jurutera itu", terang pensyarah tersebut.

jurutera boleh menbunuh ramai orang jika dia gagal

" Jadi, kalau seseorang jurutera itu membuat jalan kerja pengiraan yang baik tetapi salah pada jawapan akhir kerana kesilapan menekan kalkulator maka, dia akan membunuh ramai manusia diatas kesilapan tersebut", sambungnnya lagi. Aku tertunduk lemah dan aku yakin bahawa tiada simpati dari beliau dan markah aku tidak akan berubah. Pensyarah tersebut meneruskan sesi pembelajaran pada hari itu tanpa bertanyakan lagi tntang pemarkahannya. Dan mulai saat itu aku mula faham apa yang tersirat dari kisah yang diceritakan oleh pensyarah tersebut.

Dan sehingga kini aku tidak akan meminta pensyarah melakukan semakan semula keatas kertas jawapan aku walaupun itu adalah kesalahan pensyarah tersebut. Cuma kadang-kala ada juga aku berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan dengan markah tersebut.




:: bakal jurutera perlu bersiap
sedia dengan semua keadaan

2 comments:

Are_ngah said...

Ehem..mendalam maksud ni...no wonder ibu asik bising je mu pilih kursus ni...Angah rase Ibu pun tau teori yg pensyarah mu ckp la...wakakakka...Sbb tu dai suh mu jd pensyarah atau cikgu je....atau pun Calculator mcm Angah ni...kire duit org je...duit sindri hampehs...ahahhahah...

manggosteen said...

haha..tu la pasal..kena tukar kos la pulak..kekekeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails