manggester

Saturday, December 18, 2010

Debat DiRaja IPT 2010

Pada 17 hingga 22 Disember 2010 uThm telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan Debat DiRaja IPT 2010..3 kategori dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab..Setiap kategori di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu Senior dan Junior..

Dalam penganjuran ini, aku telah melibatkan diri sebagai 'runner' merangkap sebagai 'speaker dewan' bagi debat tersebut..kerjanya mudah..sebagai runner aku perlu mengambil berat tentang peserta-peserta yang diletakkan di bawah jagaan aku..manakala sebagai speaker dewan pula aku perlu menjadi juru acara dalam sesuatu debat..

Di sini aku sertakan sedikit suasana pertandingan yang baru masuk hari kedua..
tag aku sebagai urusetia

antara urusetia yang agak kacak(tapi yang snap gambar lebih kacak)

pembahagian tajuk pendebatan

penonton yang turut hadir

suasana debat (awek tu cun!)

Dalam aku mengikuti pertandingan ini dapat juga aku mencari pengalaman bagaimana kaedah serta cara-cara orang berdebat..bukan senang untuk bercakap dalam keadaan stress mempertahankan usul..dan bukan senang nak menjawab persoalan yang ditimbulkan..


:: kalau aku yang berdebat
kompom tergagap-gagap la..

6 comments:

zuzairi said...

Chayok2...berkhidmat tuk UTHM....

manggosteen said...

haha..best kot join debat ni..
sempoi giler..

Anonymous said...

so far ada komplen2 yg tak sedap didengar tak dr segi pnganjuran UTHM jdi tuan rumah ni...

manggosteen said...

buat masa skrg ni tak de lak..
sbb aku jd runner utk BM je..
yg lain tak tau la..

Nic Da Nic said...

ada tersalah tangkap picture tu

sebab..saya pun berada didalam gambar ini...

http://2.bp.blogspot.com/_jkaa0REQ7RM/TQzayfRWGEI/AAAAAAAAAsM/BFH5AqFZbWc/s400/2.jpg

manggosteen said...

@NIc Da Nic: u yang mana satu?haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails