manggester

Friday, December 17, 2010

Tribute untuk Pak Cik Din Kuih (Taman Kuning Sari,Taiping)





semacam semalam aku masih mendengar sapaan mu
semacam semalam aku terbakar dek seruan semangat dari mu
semacam semalam aku membalas jenaka mu
semacam semalam aku mengukir senyum untuk mu
salam kedamaian untukmu di sana

kelmarin 10 Muharram 1432H aku mendapat pesanan ringkas dari ayahku yang menyatakan bahawa salah seorang daripada penduduk taman perumahan aku telah pergi menghadap Ilahi..Seseorang yang aku hanya kenali sebagai Pak Cik Din Kuih telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang..Pak Cik Din Kuih yang aku kenali 5 tahun lepas merupakan seorang yang paling rajin menyapa aku..walaupun dia kadang kala terkeliru antara aku dan abang aku kerana susuktubuh yang agak sama..tapi kini beliau telah tiada..

aku menggelarnya Pak Cik Din Kuih kerana beliau ada membuka gerai kecil menjual kuih dan nasi lemak setiap hari..di situ masih terdapatnya nasi lemak daun pisang berharga 50sen..da di situlah masih adanya pelbagai jenis kuih berharga 20sen seketul..jika aku melalui gerainya pasti ada teguran dan senyuman yang beliau lemparkan kepadaku..ramahnya..mesranya.. membuatkan aku senang dengannya..

'laju lagi bulat', jeritnya jika aku jogging di depan gerainya..membakar semangat untuk aku terus berlari untuk menghilangkan gelaran bulat tersebut..dan ketika aku berjalan pulang dari surau pasti ada sapaannya yang menjemput aku naik motor bersamanya..aku menolak pelawaannya kerana rumahku hanya beberapa tapak saja dari surau walaupun aku sedar bahawa dia hanya bergurau..

tapi kini, pasti tiada gurauannya..akan tiada sapaannya..tak kan ada sorakan semangat darinya..aku sedar setiap yang hidup pasti akan mati..setiap permulaan pasti ada pengakhirnya..

Al-fatihah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails