manggester

Friday, July 13, 2012

tulis 2

aku masuk bilik awal malam ni. Ini semua gara-gara saluran televisyen arus perdana memaparkan rancangan tak berkualiti. Ada la satu saluran tu tayang tilawah. Bukan aku tak nak dengar orang baca quran. Tapi bagi diri aku,baik aku baca sendiri dari tengok orang baca quran diselang-seli dengan makcik-makcik berjambul tinggi.

Berbalik kepada cerita masuk bilik awal. Lepas aku masuk bilik aku fikir aku perlu menulis. Aku pernah cakap aku ni penulis yang membosankan,tapi aku perlu juga menulis agar segala yang ada dalam kepala otak aku ini dapat dituntaskan.

Aku keluarkan buku ala-ala diari. Memang agak cilaka rasanya bila tengok lelaki urban macam aku menulis diari. Tapi kau orang jangan salah sangka,itu hanya buku contengan aku. Aku tulis semua benda di buku itu termasuk resepi telur dadar mayonis dan sedikit surat cinta untuk bacaan sendiri.

Sebenarnya aku bukan nak cerita apa pun. Lepas aku buka buku itu dan sebatang pensil 2B yang aku beli sebelum temuduga hari itu,aku kembali termenung. Puas aku fikir apa yang hendak aku tulis,tapi ia tak datang-datang. Last-last aku capai telefon yang kurang pintar ni dan aku menaip di blog. Kemudian aku nak main twitter balik.

Ok. Cerita aku dah habis. Tapi suka aku nak mengingatkan bahawa esok jangan lupa tengok tandeket. Satu lagi,aku ada perasan iklan voltron juga. Kau orang usha-usha la kartun tu.

Sebelum berpisah,aku nak cadangkan kau orang layan lagu stacy - pelangi senja dulu sekejap lagi.okbai.

1 comment:

ainzoo said...

huhuu.. aku dah taip macam2. tapi macam ilang. malas nak taip lagik.
aku punya link blog dah tukar..gatai tangan. wuwuwuwuw. tak dan aku nak kemas2 lagi. dapat yang basic2 je kat dalam tu.

koboibebel.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails