manggester

Sunday, April 1, 2012

Gemuk


"you lagi gumuk dari Salimi", officemate aku berbangsa Nepal sengaja mencari point.

"mana ada ma..saya kurus lagi ma..", balas aku sambil menahan nafas.

"hah. terbukti aku lebih kurus dari mu", Salimi budak kelantan tu memang cari point dengan aku.

ah. aku malas layan mereka berdua. aku tahu mereka memang dari awal lagi cemburu dengan tahap kekacakan aku.

balik petang itu aku ronda-ronda pasar malam. duit dalam dompet ada rm4. cukup nak beli bihun goreng rm1.50 2 bungkus dengan air soya rm1.50 1 bungkus. lepas beli aku usya-usya lagi. apa benda yang boleh aku beli dengan nilai 50sen. siot! cuma karipap saja yang boleh aku beli dengan nilai 50sen.

aku terus berjalan pulang tanpa menghabiskan 50sen itu tadi. aku susun elok-elok barang-barang yang aku beli tadi dalam bakul motosikal aku. sejak ada motor baru ni, baru aku tahu nikmatnya motosikal yang dilengkapi dengan bakul.

" mama..mama..abang gemuk!" seorang budak kecil menjerit kepada ibunya sambil menunjuk-nunjuk kearah aku.

" mana?" soal ibunya.

"tu..", sekali lagi budak kecil itu menunjuk kearah aku.

cilaka. baru aku sedar bahawasanya aku gemuk. kerana budak kecil jarang menipu.
aku kecewa dan bergegas menghidupkan enjin motosikal.

"putri..", tiba-tiba ada seorang lelaki gemuk menghampiri budak kecil tadi.

"abang mok pegi pasha malam ke?", soal budak kecil tadi kepada lelaki gemuk itu.

"iye la. putri beli ape tu?", lelaki gemuk itu aak mesra dengan budak kecil itu.

ternyata ada orang lebih gemuk dari aku. makanya aku bersyukur kerana budak tadi benar-benar jujur kerana dia lebih nampak orang yang lebih gemuk dari aku. "terima kasih adik putri ", ucap aku dalam hati. aku terus beredar kerana perut ini seperti hendak mengunyah baju aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails