manggester

Wednesday, April 25, 2012

Final



dah lama betul aku tak bercerita tentang bola. bukan pasal apa, aku malas nak mewujudkan rasa kurang selesa penyokong-penyokong team lain selain pasukan biru laut ni. tapi pagi ini biar satu dunia tahu bahawa "in Torres I trust".

siapa messi? siapa iniesta? siapa guardiola? aku hanya kenal Terry, Lampard, Drogba dan lain-lain yang masih berjuang untuk CHELSEA!

Harapan terakhir umat England terletak di bahu Chelsea.

malas nak cerita panjang, KAMI DI FINAL.

Sunday, April 22, 2012

Master

seminggu ini memang aku jarang keluar lepak kedai makan malam-malam. sebab aku ada ada menu baru untuk makan malam di rumah. tapi aku malas nak cerita. nanti korang kata aku nak diet lak. padahal aku aku nak ubah style tekak ni. biar ada gaya mat saleh sikit.

tapi malam semalam sengaja aku lepak kedai belakang uptown puchong minum-minum. uptown puchong ni tak de la gempak sangat pun. ada la dua tiga kedai yang menarik. selebihnya mempergunakan awek-awek seksi yang makan keropok lekor sambil berpeleseran dengan boipren masing-masing. sikit pun aku tak heran.

malam tu aku order kopi 'o' ais, sebagai tanda rindu kepada ibu dan ayah di kampung. kopi ibu aku memang kaw walaupun diminum sejuk-sejuk. sebab tu kot ayah aku terpikat kat ibu aku. tapi yang celakanya kopi 'o' ais kat kedai ni bukannya 'kaw'. tapi 'siaw'. apa tu siaw? aku pun tak tahu. yang penting kopi 'o' ais kedai ni memang tak ada rasa kopi. yang ada hanya rasa gula. elok dua kali sedut, kompom potong kaki.

rasa nak maki juga, tapi malam itu aku buat kool sebab memang kool pun malam tu. ah! lupa aku nak cerita aku lepak dengan siapa. housemate aku la. tak kan dengan awek pulak. aku memang tak layan awek-awek yang ajak lepak lepak ni. (padahal memang tak ada awek yang ajak aku lepak pun)

.................

" sambung master jom!", Riz mengutarakan cadangan.

" jom!", aku balas dengan gaya bersungguh-sungguh sambil mengunyah ais. nak minum kopi tu memang aku dah tak lalu dah.


suasana hening selama 32 saat.


" jom la balik. esok aku kerja", Syaz memberi idea pula.

" celaka betul diorang ni. kalau aku bersungguh-sungguh mesti diorang buat-buat tak tahu.", ngomel aku dalam hati. tapi aku tahu. diorang jadi macam tu sebab mereka tahu kebersunguh-sungguhan aku dalam pembelajaran adalah tidak kemana.

....................

aku bayar duit kopi dengan orang kedai tu lalu pergi. aku tak tahulah apa hukum orang kedai tu terima duit kopi aku.



Friday, April 20, 2012

Lejen

aku dipejabat. kira-kira 1 jam 15 minit lagi nak rehat untuk solat jumaat. "kuatkan radio..kuatkan radio..anda.." irama lagu sleeq dan najwa latif berkumandang dari telefon bimbitku. entah layan betul aku dengan lagu "kuatkan radio" tu sampai aku boleh letak sebagai ringtone henpon aku.

tertera nama rakan seperjuangan aku sewaktu aku belajar dulu. tapi takde la seperjuangan sangat. sebab time aku berjuang pergi kelas, tapi rakan aku ni berjuang di atas katil. aku tak tahu la dia berjuang macam mana sampai boleh dapat three pointer setiap sem.

aku jawabb panggilan itu.

"halo assalamualaikum", memang style jawab telefon aku macam tu.

"waalaikumussalam", gaya jawab salam yang tipikal.

" nggiss..apa habaq", memang ramai rakan-rakan aku panggil aku macam tu konon-kononnya shortform untuk manggis.

dari dulu aku berharap ada orang panggil aku dengan nama "Is". Is ala-ala macam nama Iskandar. aku teringin betul nak nama Iskandar dalam struktur nama aku.

" cane weh?", aku mulakan bicara.

" company tu bodoh ang tau tak. suka ati mak pak dia ja nak buang aku.", balas dia dengan ada tawa kecil di hujungnya. aku tahu disebalik tawa kecil itu, ada nada kecewa di dalamnya.

" sabaq la.", aku dengan gaya memujuk biar pun memujuk lelaki memang rasa macam celaka habaq ang.

" aku puas sabaq dah ni. aku nak balik kampung la. tolong orang kampung", syahdu saja suara di hujung talian.

" ang tau dak? ang ni kira lejen tau.", aku tak tau la ayat macam ni boleh buat orang orang rasa tenang atau tak.

" awat pulak?", dia kurang faham dengan ayat aku itu.

" ye la. ang kira legen la sebab dalam ramai-ramai kawan kita, ang orang first kena buang kerja. seyes ang LEJEN!", aku bagi ayat penenang paling lejen dalam dunia.

" pala otak ang", itu yang aku dapat. aku memang tahu itu yang bakal aku dapat.

panjang lagi perbualan aku dengan rakan seperjuangan aku itu. malas aku nak cerita sebab yang lain-lain tu hanya bual-bual kosong biar pun selama ini aku memang berbual kosong dengan kawan aku ini.

tapi ang memang LEJEN!

Tuesday, April 17, 2012

Demo

masuk hari ini, genap 5 hari Jan Lengai berhutang dengan aku. bukan banyak pun. cuma dua ringgit pat posen saja. tapi semua orang sudah tahu Jan Lengai memang lengai sikit bila bab membayar hutang ini. bukan tak bayar tapi dia agak lengai. slow and steady kata rakan-rakan di pejabatku.

sesuatu yang aku perasan dompet Jan Lengai selalu ditinggalkan di atas meja tanpa dipedulikan. dompetnya tebal, tapi yang ada hanya kad-kad nama kenalan saja. katanya dia malas nak bawa duit banyak-banyak ke pejabat. bukannya ada shopping complex pun kat sini, tambahnya lagi.

tapi baru sekejap tadi aku dapat berita Jan Lengai ada perancangan yang telah diaturnya sejak seminggu lamanya. perancangannya amat rapi. padanlah sejak dua menjak ini aku sering kali melihat Jan Lengai ada mencilok dua atau tiga batang marker pen. sekali-sekali aku lihat dia menyeludup keluar kertas-kertas recycle dari mesin fotostat.

tepat jam 10, Jan Lengai telah bersiap sedia di hadapan meja aku. aku keliru. apa yang dimahukan oleh Jan Lengai kali ini? lantas Jan Lengai mengangkat sepanduk yang tertera ayat "tolong mansuhkan hutang dua hingget pat posen hari tu". dengan tegasnya Jan Lengai menjerit "aku mahukan segalanya percuma!".

aku hilang sabar lalu bangkit untuk memberi lempangan se-das. aku katakan "itu percuma". kot ye pun nak berdemo, pergi la kat dataran merdeka tu. jangan menyemak depan aku.

Jan Lengai faham dengan tindakan aku. segera dia keluarkan RM2.50 dari kocek seluarnya. seposen belen tu kau amek la. aku bayar untuk lempangan kau tadi. Jan Lengai berlalu sambil memegang pipinya yang agak memerah.

Sunday, April 15, 2012

Sivik

Ahad. pagi ini tak seperti hari-hari lain. aku bangun lewat sedikit kerana aku tidak berkerja. ya, bak kata teman ditwitter aku "bangla pun lepak klcc la hari ahad". ahad-ahad lepas memang aku sibuk sikit menguruskan projek yang aku kendalikan. sampaikan keluarga aku datang pun aku terkejar-kejar ke pejabat.

hari ini aku nekad dengan misi memandikan motosikal ku yang telah tertunda sejak tiga minggu lepas. segala persiapan aku siapkan selepas semua kerja-kerja menyidai baju dibereskan. seluar lama aku yang telah koyak di kelengkang aku carik-carikkan untuk membuat kain lap.

ku siram motorku dengan berhati-hati. ku belai dia dengan penuh kelembutan dan ku gosok lingkaran tayarnya dengan penuh rasa cermat. aku melakukan ritual-ritual biasa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang lain ketika membasuh motosikal dengan tertib dan tertil.

disaat aku ingin menjirus bagi membersihkan sabun-sabun di motor datang sekawan makcik cleaner sambil membawa penyapu lidi dan penyodok. "abang minta air", makcik cleaner itu membahasakan aku abang sedangkan dia sedar aku lebih muda darinya. "nah",aku hulurkan paip air tanda faham. mestilah dia minta air paip. tak kan lah dia minta air sirap sedangkan aku langsung tidak membawa air sirap.

sambil dia membasuh penyapu dan penyodoknya, dia dan rakan-rakannya ngobrol mengenai tabiat orang Malaysia. katanya orang-orang Malaysia ini tidak pandai membuang sampah dalam tong sampah. sedangkan tong sampah besar sudah disediakan. aku akui didalam hati. benar kata makcik ini. sering kali aku melihat orang-orang yang membuang sampah di luar tong sampah. kerana mereka sering kali hanya berdiri dari jarak jauh dan membaling plastik sampah dari situ. nasiblah kalau sampah itu masuk. tapi kalau tidak masuk mereka hanya biarkan sahaja.

" Malaysia ini kalu pandai membuang sampah, pasti ianya akan bersih", sepotong ayat dari mereka yang mengobrol. "bersih ini adalah Bersih, Enak, Rapi, Sihat, Indah, Harmoni!", tambahnya lagi. aku hanya senyum bila dia sekali-sekala memandang kearah aku. tapi terdetik dalam hati aku, dekat Indonesia sana semuanya pandai membuang sampah ke? malas aku nak bertanya kerana aku memang berat mulut sikit kalau nak menyampuk dengan makcik-makcik ni.

lama juga makcik itu membasuh penyapunya tadi. aku masih menunggu disamping motor aku yang sedang berlumuran sabun. sengaja aku gosok-gosok sedikit motor aku untuk mengelak dari sabun lebihan dalam baldi tersia-sia.

"nah dik paipnya", tiba-tiba dia mengembalikan paip aku semula dan membahasakan aku adik pula. cepat benar makcik ini menukar tanggapan. "adik buang sampahnya elok-elok ya", sempat dia berpesan kepada aku sebelum pergi bersama rakan-rakannya.

aih, perli aku ke..?

Thursday, April 12, 2012

Kacak 2

aku melangkah ke kedai gunting rambut.ada 2 pelanggan di dalamnya. seorang tua sedang digunting rambutnya. dan seorang muda yang sedang bermain angry bird. diiringan alunan lagu tamil aku melabuhkan punggung di kerusi panjang berhampiran cermin.

aku gosok-gosok sikit rambut aku. rambut yang sudah sebulan aku tak sikat sejak kali terakhir aku sikat di kedai gunting rambut yang sama ini. seingat aku, sudah hampir tujuh tahun aku tak memiliki sikat. sebab bak kata iklan di tv, guna jari pun boleh.

rambut lelaki tua itu telah siap di potong. "kasi shave ini", arah lelaki itu kepada mamak si penggunting. "pakcik ni kalau nak cukur janggut kat rumah pun boleh", bebel aku perlahan. lagu tamil yang diputarkan langsung tidak kena dengan jiwa mainstream aku membuatkan aku lebih merasa bosan.

habis janggut lelaki tua dicukur, giliran lelaki muda itu pula. "slope tepi tapak satu. belakang buat V", lelaki muda itu meminta. style zaman budak-budak getus hati aku. matang la sikit abang oi. tapi bagus juga, tidak sampai lima minit siap sudah giliran dia.

aku berdiri disamping kerusi potong rambut itu. sementara mamak menepuk-nepuk bantal alas punggung atas kerusi tersebut. aku duduk sedang mamak itu memasang tapak pada mesinnya. "potong tepi, atas layer", style potong rambut matang seperti ini sepatutnya dipilih oleh lelaki-lelaki bekerjaya seperti aku. lagipun aku agak Aaron Aziz pun memang potong rambut style ni. cuma dia mungkin potong rambut kat saloon. tapi aku gunting rambut dikedai mamak. tiada bezanya untuk orang kacak seperti aku dan Aaron itu.

memandang wajah kacak sendiri dihadapan cermin juga boleh membuatkan diri ini mengantuk. liuk-liuk tangan si penggunting rambut juga menambahkan lagi rasa kantuk ini. seolah-olah ada ahli silap mata sedang membuaikan sebiji bandul di depan mata aku. sekali sekala dia mengelus-elus lembut rambut aku. lalu, dengan tidak semena-mena aku terlelap.

lam aku terlena. tiba-tiba aku terjaga. rasa bonjolan-bonjolan bergerak seperti aku sedang duduk diatas mesin Ogawa di pusat membeli belah. enak juga rasanya. rupa-rupanya mamak itu sedang memijat belakang bahu aku. agak lama juga aku tidak diurut.

aku menggosok-gosok mata. lalu melihat cermin. Hah! ada sesuatu yang membuatkan aku terperanjat. biar betol mamak ni potong rambut aku. aku benar-benar tak percaya. hampir pitam dibuatnya.

rupa asal aku yang ada iras-iras Aaron Aziz kini telah bertukar menjadi lebih kacak. aku tak tahu seperti wajah siapa. tapi ia benar-benar kacak. kepala otak aku ligat mencari wajah siapa yang sekacak dan setampan ini. tapi aku gagal.

aku tinggalkan kedai itu dengan seribu satu persoalan. berjalan keluar menuju kearah motosikal kesayangan aku. ada dua tiga orang diluar kedai memerhatikan aku. ada yang ternganga dan ada yang berbisik-bisik. aku cuba curi-curi dengar.

Ya! aku dah dapat jawapan setelah seorang awek ranggi berbisik dengan agak kuat kepada teman lelakinya. "Brad Pitt!". Iya, wajah tampan ini ada iras-iras wajah Brad Pitt. segera aku pulang kerumah. kalau lambat nanti ramai pula yang datang nak ambil gambar. aku rimas betul dengan orang-orang ini.




Wednesday, April 11, 2012

Konsisten

aku malas nak cakap banyak. aku layan lagu-lagu ini setiap hari secara konsisten.









Wednesday, April 4, 2012

Kacak


setiap malam sebelum aku tidur, aku berdoa agar bila bangun esok hari aku lebih kacak dari Fahrin Ahmad. dan bila aku bangun keesokkan harinya, segera aku melihat cermin. ternyata aku lebih kacak dari Fahrin Ahmad. Ini berlarutan sehingga 44hari lamanya.

tapi, segala-galanya berubah pada pagi tadi. aku berdoa seperti biasa untuk lebih kacak dari Fahrin Ahmad. akan tetapi setelah aku melihat cermin pada pagi tadi, aku dapat rasakan aku lebih kacak dari Aaron Aziz. ini bermakna aku jaaaauuuuhh lebih kacak dar Fahrin Ahmad.

ok. malam nanti aku nak start berdoa untuk lebih kacak dari Aaron Aziz.

tetapi yang lebih penting, berdoalah supaya diri ini betul-betul baik untuk menghadapi hari kemudian!

Sunday, April 1, 2012

Kuaci


hidup ini umpama makan kuaci dengan sebelah tangan. tak cukup power jangan cuba. nanti kuaci terjatuh, kulit masuk mulut. - muzul osman

Gemuk


"you lagi gumuk dari Salimi", officemate aku berbangsa Nepal sengaja mencari point.

"mana ada ma..saya kurus lagi ma..", balas aku sambil menahan nafas.

"hah. terbukti aku lebih kurus dari mu", Salimi budak kelantan tu memang cari point dengan aku.

ah. aku malas layan mereka berdua. aku tahu mereka memang dari awal lagi cemburu dengan tahap kekacakan aku.

balik petang itu aku ronda-ronda pasar malam. duit dalam dompet ada rm4. cukup nak beli bihun goreng rm1.50 2 bungkus dengan air soya rm1.50 1 bungkus. lepas beli aku usya-usya lagi. apa benda yang boleh aku beli dengan nilai 50sen. siot! cuma karipap saja yang boleh aku beli dengan nilai 50sen.

aku terus berjalan pulang tanpa menghabiskan 50sen itu tadi. aku susun elok-elok barang-barang yang aku beli tadi dalam bakul motosikal aku. sejak ada motor baru ni, baru aku tahu nikmatnya motosikal yang dilengkapi dengan bakul.

" mama..mama..abang gemuk!" seorang budak kecil menjerit kepada ibunya sambil menunjuk-nunjuk kearah aku.

" mana?" soal ibunya.

"tu..", sekali lagi budak kecil itu menunjuk kearah aku.

cilaka. baru aku sedar bahawasanya aku gemuk. kerana budak kecil jarang menipu.
aku kecewa dan bergegas menghidupkan enjin motosikal.

"putri..", tiba-tiba ada seorang lelaki gemuk menghampiri budak kecil tadi.

"abang mok pegi pasha malam ke?", soal budak kecil tadi kepada lelaki gemuk itu.

"iye la. putri beli ape tu?", lelaki gemuk itu aak mesra dengan budak kecil itu.

ternyata ada orang lebih gemuk dari aku. makanya aku bersyukur kerana budak tadi benar-benar jujur kerana dia lebih nampak orang yang lebih gemuk dari aku. "terima kasih adik putri ", ucap aku dalam hati. aku terus beredar kerana perut ini seperti hendak mengunyah baju aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails