aku pernah cerita kepada ibu aku mengenai sebuah cerita lawak. cerita lawak lelaki paling malas dalam dunia. yang mana seorang raja sedang mencari lelaki yang paling malas didunia. dan akhirnya lelaki itu menang kerana tahap kemalasan beliau sehinggakan nak ceritakan kemalasan beliau pun beliau malas.
setelah habis aku cerita kepada ibu aku, seraya dia berkata "sama la macam kamu. cakap pun malas". "kalau orang tanya, kadang-kadang ngangguk je", sambung ibu sambil memotong cili kering untuk dibuat sambal tumis.
aku terkesima. kata-kata ibu itu ada benarnya. tahap kemalasan aku paling maksima adalah sehingga nak bercakap pun malas. aku hanya tertawa kecil bila ada ahli keluarga aku yang lain mengiakan kata-kata ibu. segera aku mengambil gunting untuk menolong ibu menggunting cili kering. biar nampak rajin sikit kononnya.
aku sedang malas bercakap. maka aku menaip!
4 comments:
malas bercakap rajin buat kerja xpe...jgn segala-galanya malas..tu yg parah.. :)
kalau ko nak rasa lebih2 malas lagi, ko ce g tengok cmna kongkang bergerak .. sure ko rasa macam nak tampar laju2 je muka kongkang tu..haha.. sloth pun sama gak la..sedara mara dia latu tahap kemalasannya...hihi
@marcella: ahaha..betol2..sebab tu buat2 rajin tolong gunting cili kering tu..ahaha
@ainzoo: walaupun kongkang tu slow..tapi dia kiut pe..ahaha
Post a Comment