manggester

Tuesday, July 31, 2012

bungkusan 2

'mana ketupat?',mesej yang hantar kepada ayah aku.

Aku letak telefon bimbit dan aku berlalu pergi untuk mandi sebelum waktu berbuka.

Selesai mandi,aku jenguk telefon bimbit kembali.menanti jawapan dari ayah.

Tetapi masih tiada jawapan.

Tiga hari berlalu.aku musykil mengapa tiada tindakbalas dari ayah.

Aku seluk kocek seluar yang sedikit bocor kerana tertusuk pen minggu lepas.aku mencari mesej yang aku hantar kepada ayah.

Tiada mesej tersebut dalam sent item.tetapi ada dalam outbox.

Cilake,kredit habis.aku malas nak bicara lagi.petang itu aku topup dan telefon ayah.habis cerita.

Sunday, July 29, 2012

profesional

kedai kopi abang amin penuh setiap kali ada siaran langsung bola sepak. tak kira bola sepak tempatan mahupun bola sepak antarabangsa. malam ini perlawanan bola sepak wanita antara Brazil dan New Zealand untuk kejohanan olimpik.

"power betul tino ni main bolo",ulas ujang dengan sedikit.

"kat luo negara, diorang ada liga profesional diorang masing-masing.kalu lawan ngan oghe tino kito, memang kena lauk la.kalau lawan dengan harimau malaya pun silap-silap boleh kena tibai kito ni...bla bla bla..", abang amin membebel sendirian sambil membancuh kopi ais aku.lama dan tak henti-henti.

yang lain masih terpaku melihat aksi wanita bermain bolo sepok.aku tak pasti apa yang sebenarnya yang mereka tengok.

Wednesday, July 25, 2012

bungkusan

aku ambil bungkusan dari abg jie.dari gaya pembungkusan aku yakin bahawa itu hasil kerja ayah.

Sesampai saja dirumah,aku cepat-cepat mahu membuka bungkusan itu.teruja betul rasanya.mesti ayah nak buat seprais sempena hari lahir aku.

Aku merobek dengan kasar biar nampak bersungguh-sungguh.dalam fikiran aku,dalam bungkusan ini ada sampah sarap dan kejutannya ada sebuah kunci kereta ford.

Dalam balutan kertas minyak itu ada kotak tertulis yusof taiyub.tak semena-mena ada bisikan lembut datang,'yusof taiyub...'.aku abaikan bisikan itu.

Kotak itu dibuka.tapi aku hampa.bukan sampah sarap yang disepraiskan dengan kunci kereta.tetapi yang ada hanyalah serunding,kuih almond london dan baju raya.semangat apa yang dah merasuk ayah aku ni?semangat hantu raya ke?baru dua hari puasa dah pos barang-barang raya.

Aku capai telefon bimbit yang sedikit kurang pintar.dan aku taip,
'mana ketupat?'


*bersambung

Saturday, July 21, 2012

kebulan

'helo ni sapa ni',jerkah daniel,anak saudara aku tanpa sempat aku bagi salam.

'ni asu la',jelas aku.asu tu panggilan aku dikalangan anak-anak buah aku.kadang kala kalau yang pelat tu jadi 'acu' terus.

'oh asu.opah takde.pegi surau.ibu ada la',daniel faham benar tujuan aku buat panggilan ini.

Sempat aku berbual dua tiga rangkap dengan angah,ibu aku pun balik.sayup dari jauh aku dengar suara ibu bagi salam.

Seperti biasa konversasi aku dengan ibu berkisar tentang makanan,aktiviti harian, gosip-gosip keluarga sehingga soal puasa dan sahur.

'esok sahor makan apa?',sedikit bunyi sleng perak dalam soalan ibu aku.

'megi la.baru lepas beli megi ni.',memang aku baru balik beli megi pun.

'megi?beli la roti ke..biskut ke..ok la sikit.ada khasiat sikit',ibu sedikit membebel.

Aku hanya ketawa kecil tanpa membantah.

'ibu kalau sahor megi boleh KEBULAN tahu?',aku mendengar sambil mencabut plag charger henpon.

'untung la ibu dapat kebulan.tengok si muzafar tu,susah-susah training pastu naik roket nak pergi ISS.Ibu makan megi je dah boleh sampai kebulan',aku berseloroh.

'hish..kamu ni.tu ayah dah balik surau.nah cakap dengan ayah lak',ibu malas nak layan lawak ilmiah aku.

Last-last aku layan lawak ilmiah ayah lak.

*kebulan adalah merujuk kepada
'muntah'.aku pun pening dengan perumpamaan orang tua-tua ni.langsung tak masuk akal perihal muntah dan bulan.

Friday, July 20, 2012

cerita

ini cerita dua petang yang lepas.

Aku ada satu cerita.aku rasa kau orang patut tahu.ini kisah benar.

Aku baru balik kerja.belum sempat aku tongkat motor,aku teringat perihal pasar malam berhampiran rumah.tapi aku tongkatkan juga motor aku untuk aku tinggalkan helmet seberat celaka kat rumah.bak kata orang kampung 'pejadah pakai helmet kalau dah memang kepala batu'.tapi yang aku perasan,kebanyakan rider-rider malaysia semua tak pakai helmet.aku yakin mereka semua kepala batu.kalau tidak pun keras kepala.

Lupakan hal kepala ini.sesampainya aku dipasar malam,aku terus berjalan dengan gaya mat belia.sempat juga aku angkat tangan kat abang zizan jiran aku.

Aku melewati satu per satu gerai yang ada.ada ketika aku bernyanyi kecil lagu zamani dan sharifah zarina yang berkumandang dari lori jual cendol.

Aku teruskan perjalanan sehingga aku tiba dipersimpangan berhampiran dengan motor aku.lalu aku keluarkan kunci dari kocek seluar dan menghidupkan enjin.

Sesampainya aku dirumah,aku terus baring disofa ready untuk berdating dengan tizakyah kat kinabalu.

Tidak lama kemudian,perut aku terasa lapar.dan aku mula sedar yang aku tak beli apa-apa di pasar malam tadi.

Maka,aku menyesal.nasihat aku kepada kau orang,jangan tak beli apa-apa dipasar malam.kelak kau akan menyesal.

Dikesempatan ini,aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.kalau kau orang pergi bazar ramadhan pun,aku harap kau orang ikut pesanan aku ini.

Ok.cerita aku dah habis.

Tuesday, July 17, 2012

suka

ini adalah kisah cinta.

'gua kena rejek, gis',begini lah sedikit sebanyak dialog Ejal (bukan nama sebenar) kat gua.

'dah tu camne?',gua soal dengan sedikit rasa tenang walaupun gua tahu dia kena rejek dengan awek yang dah lama dia usha.

'camne apa lagi?kena rejek ar gua', Ejal betul-betul kecewa dengan keadaan sekarang.

'lu tenang.belum jodoh lu',gua bagi nasihat walaupun gua kurang berpengalaman dalam soal cinta ni.kalau letak dalam CV,memang tak laku mana pun experience gua ni.

'lu bagi gua ayat penenang sikit.gua dah tak tentu arah ni',Ejal terus mendesak gua.

'lu tau kenapa gua tak da awek?',gua bagi ayat penenang berbentuk soalan.

'ntah',ringkas ejal reply.

'lu kena tahu.kalau kita suka kat seseorang tu,kita jangan cakap kat dia.',gua berhenti seketika untuk memberi peluang ejal menyoal.

'dah tu nak cakap kat siapa?',soalan yang gua tunggu dari ejal.

'kita cakap kat tuhan.sebab jodoh pertemuan itu semua kerja tuhan.tahulah dia nak setel macam mana nanti',ini ayat penenang paling true gua pernah bagi kat orang.

'okeh.tq bro.gua tenang sekarang',balas ejal lalu ke bilik air untuk berwuduk.

'tak de hal',jawab gua pendek.

........

'eh lu tak bagitahu tuhan lagi ke sapa yang lu suka?', ejal soal gua berkaitan ayat penenang gua.

'gua nak bagitahu..tapi gua pening nak bagi nama yang mana.sebab gua suka lisa,lofa,zalna,maya,zakyah,yana,fazura,nasha...banyak lagi.tu aku kena pilih dulu',gua bagi ayat penenang seterusnya.

Ejal berlalu pergi tanpa memperdulikan ayat penenang gua itu.



Gua sebenarnya malas nak taip soal cinta ni.tapi gua terfeeling lebih lepas tengok dejavu di kinabalu maghrib tadi.

Friday, July 13, 2012

tulis 2

aku masuk bilik awal malam ni. Ini semua gara-gara saluran televisyen arus perdana memaparkan rancangan tak berkualiti. Ada la satu saluran tu tayang tilawah. Bukan aku tak nak dengar orang baca quran. Tapi bagi diri aku,baik aku baca sendiri dari tengok orang baca quran diselang-seli dengan makcik-makcik berjambul tinggi.

Berbalik kepada cerita masuk bilik awal. Lepas aku masuk bilik aku fikir aku perlu menulis. Aku pernah cakap aku ni penulis yang membosankan,tapi aku perlu juga menulis agar segala yang ada dalam kepala otak aku ini dapat dituntaskan.

Aku keluarkan buku ala-ala diari. Memang agak cilaka rasanya bila tengok lelaki urban macam aku menulis diari. Tapi kau orang jangan salah sangka,itu hanya buku contengan aku. Aku tulis semua benda di buku itu termasuk resepi telur dadar mayonis dan sedikit surat cinta untuk bacaan sendiri.

Sebenarnya aku bukan nak cerita apa pun. Lepas aku buka buku itu dan sebatang pensil 2B yang aku beli sebelum temuduga hari itu,aku kembali termenung. Puas aku fikir apa yang hendak aku tulis,tapi ia tak datang-datang. Last-last aku capai telefon yang kurang pintar ni dan aku menaip di blog. Kemudian aku nak main twitter balik.

Ok. Cerita aku dah habis. Tapi suka aku nak mengingatkan bahawa esok jangan lupa tengok tandeket. Satu lagi,aku ada perasan iklan voltron juga. Kau orang usha-usha la kartun tu.

Sebelum berpisah,aku nak cadangkan kau orang layan lagu stacy - pelangi senja dulu sekejap lagi.okbai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails