manggester

Friday, March 30, 2012

Haram


" isap rokok ni haram dowh! ", rungut Ajis bila Hisyam menyalakan rokok dimulutnya.

" mana kau tau? mana fatwa? kalau haram pun ada pak imam tempat aku tu isap rokok gak", Hisyam membalas tanda tak puas hati.

" iye dowh. rokok ni dikira macam dadah. membazir dan memudaratkan", ajis menguatkan fakta.

Hisyam hanya membisu. kepulan asap rokok dilepaskan dari mulutnya sikit demi sedikit. Ajis juga hanya memerhatikan asap yang sesekali hisyam lepaskan dalam bentuk 'o'. kagum juga Ajis dengan kehebatan Hisyam membuat kepulan-kepulan asap sebegitu. sempat juga mata mereka meliar melihat orang lalu lalang direstoren itu.


" apa yang kau tengok?" soal Hisyam kepada Ajis.

" pergh. seksi gile awek tu.",Ajis membalas.

" tengok aurat perempuan pun haram gak dowh. dalam al-Quran pun memang ada tulis" sampuk Hisyam.

Ajis terbungkam. tepat rasanya bidikan Hisyam itu. tapi mata kedua-dua sahabat baik itu masih memerhatikan awek seksi tadi. jelas mereka berpegang kepada prinsip pandang sekali tanpa berkelip adalah tidak mengapa.


: Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, March 27, 2012

Pen


Dia sebatang pen. aku tak tahu dimana dia dilahirkan. di kilang mahupun di hospital, aku tidak peduli kerana yang aku tahu aku beli dia di sebuah supermarket kecil bernama wellward daerah parit raja. au membeli dia ketika tinggal lagi 2 atau tiga hari menjelang peperiksaan akhir aku.

sebelum menjawab soalan peperiksaan akhir sempat juga aku membuat latihan di rumah dengan menggunakan pen itu. sebelum aku terlupa, nama dia adalah stabilo. ya, dia bernama stabilo walaupun dia mungkin sudah tidak stabil ketika ini. kenapa mungkin? aku aku jelaskan.

di peperiksaan akhir, aku menggunakan stabilo dengan penuh kasih sayang. aku tidak menekan dengan kuat mata stabilo di atas kertas. kerana memang style penulisan aku adalah ibarat menarik rambut dalam tepung. sungguh berhati-hati. cuma stabilo sudah tidak stabil ketika ini kerana semasa aku berfikir, aku emar menggigit belakang stabilo. aku tahu dia menjerit kesakitan. namun aku tidak peduli kerana tanpa menggigit, aku tidak mampu berfikir. maka, belakang stabilo sudah pun cacat dan membuatnya menjadi tidak sabil.

seusai peperiksaan akhir aku itu, aku masih lagi membawa stabilo bersama aku kerana aku tahu sewaktu praktikal nanti, pasti aku memerlukan sebatang pen. aku bawa balik stabilo ke perak bersama-sama alat tulis yang lain. kemudian aku bawa stabilo ke shah alam ketika aku berpraktikal.

stabilo betul-betul memberi perkhidmatan terbaik kepada aku. tidak pernah menghampakan aku. setiap kerja yang dilakukan oleh dia aku amat berpuas hati. stabilo juga sempat aku bawa bersama ketika aku menghadiri temuduga pekerjaan. tetapi hampir 5 kali aku gagal temuduga bersama-sama stabilo.

tetapi aku tidak berputus asa malah tidak menyalahkan stabilo atas kegagalan aku ini. dan ketika temuduga yang ke-enam aku masih membawanya bersama. dan aku berjaya mendapat pekerjaan walaupun gaji ditawarkan tidaklah sehebat rakan-rakan sekuliah aku yang lain. aku dapat lihat stabilo turut tersenyum kegirangan ketika aku mendapat berita pekerjaan ini.

tetapi jodoh aku bersama stabilo tidak lama. setelah dua bulan aku ditempat kerja baru, aku dipaksa berpisah dengan stabilo. stabilo telah dibawa lari oleh seorang jepun pulang ke jepun. ini terjadi kerana, disaat si jepun itu memerlukan sebatang pen untuk menulis, aku meminjamkan stabilo kepadanya. tetapi si jepun itu membuat stabilo seperti atoknya walaupun umur stabilo aku jangka jauh lebih muda dari si jepun itu.

dengan pilunya aku terpaksa merelakan stabilo pergi ke jepun bersama si jepun itu. tetapi aku amat berbangga kerana stabilo dapat menaiki kapal terbang terlebih dahulu daripada aku. aku amat berharap agar stabilo dapat menulis sepucuk surat buat kali terakhir kepada aku sebagai tanda perpisahan. dan aku juga berharap agar si jepun itu dapat menjaga stabilo dengan baik biar pun aku dapat melihat stabilo begitu tertekan ketika si jepun ini menggunakannya.

selamat tinggal wahai stabilo si pen biru! aku rindu kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails