manggester

Wednesday, March 30, 2011

Ujian datang dari pelbagai cara!



ujian 1: menentang syaiton yang direjam

5.45pagi jam telefon kurang pintarku berbunyi. agak bising juga bunyinya. kugenggam erat dia dan ku picit butang 'stop'. sekali lagi dia menjerit pada jam 6.15 pagi. tidak tahan dengan jeritannya itu aku bingkas bangun untuk menunaikan tanggungjawab dipagi hari. seusai tanggungjawab telah terlaksana aku round bilik-kebilik seperti warden asrama untuk mengejutkan rakan-rakanku yang lain. ujian pertama menentang syaiton pagi ini terlaksana.

ujian 2: study untuk ujian pagi ini

niat dihati memang aku nak study pagi ini. sebab jam 8 pagi itu aku ada ujian subjek Pengurusan dan penjimatan Tenaga. tetapi seperti ada tarikan magnet aku kembali keatas katil untuk menyambung peraduan ku. letih lawatan ke port Dickson semalam masih berbaki dalam diri ini. ditambah pula dengan kemalasan untuk membuka buku diawal pagi. jam 7.13 pagi aku gagahkan diri untuk membuka buku, biarpun sudah kesuntukan masa. maka aku study pengiraan-pengiraan penting sahaja.

ujian 3: pergi ujian

penungguan aku untuk pergi bersama-sama rakanku ke bilik ujian aku batalkan. kerana aku seperti penunggu yang menunggu siput berlari laju ternampak hantu. rakan ku dengan lemah gemalainya bersiap-siap. lantas aku tinggalakan saja beliau. seperti biasa ujian untuk menyetat motor kapcai dipagi hari adalah begitu menguji kesabaran. tetapi dengan kekuatan kaki umpama kekuatan kaki Drogba aku berjaya menghidupkan motor buruk ku itu.

ujian 4: di bilik ujian

kusangkakan ujian sudah pun bermula kerana aku sudah tertelat hampir 10 minit. namun pensyarah belum kunjung tiba. aku dan rakan kelasku sibuk membelek-belek nota. hampir 50 minit menunggu pensyarah kami masihbelum nampak batang hidungnya. "haish..ada test ke tidak ni", keluh aku serta rakan-rakanku yang lain. jam 9.05 pagi kami masih memanaskan bangku bilik ujian itu. tanpa ada rasa serba salah aku dan beberapa rakan ku yang lain keluar dari bilik itu dan pulang saja kerumah, kerana perutku sudahpun menikam-menikam dari dalam sebagai ugutan untuk aku mengisinya. aku anggap bahawa ujian tidak ada.

ujian 5: ujian betul-betul ada

sesampainya aku dirumah, telefon tanganku yang tidak berapa pintar itu berdering. isi kandungan sms menyatakan bahawa pensyarah aku sudah datang dan mahu ujian diadakan. adoyai..keluh aku lagi. segera aku meloncat ketas motor kawanku untuk pergi bersama-sama kerana aku malas nak menyetat motor buruk ku tadi. setibanya aku kebilik ujian, ujian telahpun bermula. aku terlewat beberapa minit. kujawab dengan penuh semangat walaupun soalan 1 telah ku abaikan kerana aku tidak study soalan itu. nasib aku la.

baru siap soalan nombor 2 kami dikejutkan oleh seseorang uang mahu menggunakan bilik tersebut. kerana sudah tiba masa kelas beliau untuk menggunakannya. disebabkan kami telah terlewat menggunakan bilik itu, maka kami perlu keluar. dan, yeah! 2 soalan aku tidak sempat menjawab. pensyarahku suruh hantar juga kertas ujian itu. aku hantar dengan lemah longlai. ntah berapa saja lah markah ku nanti.

tapi ini bukan salah aku mahupun rakan-rakanku. tapi ini salah pensyarah yang datang lewat. huh. ntah ujian apa la yang menimpa aku ini. tapi aku tidak gusar kerana satu kelas aku menerima nasib yang sama.

kesimpulan ujian:

ujian datang dengan pelbagai cara. jadi kita perlu bersedia dari segenap sudut. tetapi sedarlah kita bahawa Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak mampu kita tanggung. Allah memang mengetahui cara bagaimana untuk menguji hambanya.


:: masa itu emas biarpun ia
tiada dijual dikedai emas!

Tuesday, March 29, 2011

Burung Twitter terbang-terbang di beLOg mAngGes | Edisi Share Tutorial



Kali ini aku nak kongsi ilmu yang baru aku dapat dua atau tiga minit lepas. kalau korang perasan, blog aku ada burung twitter yang sedang suka-menyukai terbang sambil lepak-lepak. ha..ini yang aku nak kongsi ni.

aku jumpa tutorial ini dari blog cdiqlife. disebabkan aku tak reti nak copy coding tu maka aku jemput korang pergi ke blog beliau.


tangkap burung tu korang boleh follow twitter aku.itu pun kalau nak follow la..hehe

:: hari ini aku ada lawatan ke Port Dickson. maka dengan rasa hibanya aku tak dapat nak melawat blog anda semua. kalau sempat pun cuma pada waktu malam nanti.

Monday, March 28, 2011

Transformers versi manusia | Edisi Kool


Tadi aku lepad-lepak kat oh!bulan..pastu terjumpa video best ini. pemilik kostum ini Drew Beaumier telah mencipta pelbagai kostum transformer yang lain.


dia juga menggunakan kostum ini untuk pelancong-pelancong mengambil gambar bersamanya. proses membuat kostum ini menelan kos hampir usd300 dan dia sudahpun dapat balik modal dengan kostum itu.

blog ke-belog | ❁ Ha HA HA ‼ ㋡


petang ini aku hendak kongsikan kepada korang semua tentang sebuah blog aku membuatkan aku tertarik. tuan blog ini iaitu intan maisarah telah pun datang melawat blog aku pada hari semalam. dia meninggalkan komen disalah satu tulisan aku. jadi aku sengaja mengklik link nama beliau untuk melawat blog beliau.

dan aku telah dihantar kesuatu dunia blog yang agak kreatif. kerana semua penulisan intan maisarah ini berbentuk puisi. memang menarik! dan aku amat tertarik kepada nukilan ini:
mereka juga sahabat saya
"eh, ko kenal ke minah rempit pakai kain tak cukup tu?"
"kenal, sahabat aku tu"

"eh, ko kenal ke si pengkid yang tak sedar diri tu"
"kenal, kawan aku"

"eh, ko kawan eh dengan minah yang suka tukar tukar bf tu "
"kenal, tu sahabat aku"

"eh, ko rapat dengan budak kaki clubbing tu"
"aaa,, ye la. rapat"


"eh, ko kamcing eh dengan mamat sotong gay tu"
"aah, kamcing!"

"eh, kenapa ko rapat dengan orang orang mcm tu?"
"salah ke?mereka manusia juga kan?"

"bukan ape, bukan ke kita kene pilih kawan yang elok-elok aje?"
"siapa kata?, kawan - kawan aku tu tak elok ke?"

"ko ni, elok elok sikit, nanti ko jadi macam diorang"
"iyuuukk? aku taknak la kawan dengan ko kalau macam tu"

"kenapa pulak?"
"mulut ko busuk,muka ko tak hensem,ko suka mengumpat,nanti aku pun jadi macam ko "


daripada puisi ini dapat menyedakan kita bahawa memang kita perlu memilih kawan yang baik. tetapi tidak bermakna kawan yang tidak baik perlu dijauhi. sekurang-kurangnya kita perlu dekati mereka dan ambil pengajaran dari mereka. mungkin mereka mempunyai sesuatu yang lebih bernilai dari yang kita ada. biarlah seburuk mana pun mereka janganlah kita mengeji mereka kerana perbuatan mengeji orang itu lebih hina dari apa yang mereka buat.

kalau korang nak menghayati puisi atau luahan hati intan maisarah korang boleh klik disini

Sunday, March 27, 2011

Tajuk berita utama | Edisi Menyampah



aku rembat gambar dari bacapaperku

haha. har ini Hairan Metro sekali lagi membuat lawak. Metro memang suka buat lawak di pagi hari. berita utama hari ini adalah Artis Paling Seksi. Ia, itulah berita yang paling rakyat Malaysia nak tahu. kerana sekarang ini rakyat Malaysia memang suka membaca berita tentang seks, liwat seksi dan segala yang berkaitan dengan hal-hal sebegitu.

'Pinggul Fasha menggoda' juga menjadi tajuk yang sangat besar di dalam surat khabar nombor satu negara itu. sedarlah Harian Metro bahawa anda juga penyumbang kepada gejala sosial yang amat runcing sekarang ini. hentikan lah liputan-liputan tentang masalah gejala sosial jika surat khabar ini masih menjamu masyarakat dengan bacaan-bacaan sebegini.

nampak sangat Lisa Surihani tidak tergolong
dalam golongan menjual tubuh untuk popular



::seronok tengok Irma Hasmi
gembira dengan imej bertudung

Merong Mahawangsa juga menyambut Earth Hour!


tengah hari yang tenang bertemankan tilam yang empuk juga beralaskan bantal 'jebek' aku merehatkan diri. tak lama kemudian telefon tanganku berbunyi. rakan kelasku mengajak aku menonton filem hikayat merong mahawangsa malam ini. "jom ! pukul bape?" balas aku. sekali lagi telefon itu berbunyi lagi dan isinya aku ringkaskan jam 8.

jam 8.15 malam aku beserta 3 lagi rakan ku bergerak menuju ke batu pahat untuk menonton filem epik itu. sengaja kami melewatkan 15 minit supaya istilah janji melayu itu masih relevan digunapakai dizaman moden ini. sempat berjemaah dimasjid batu pahat kerana sebelum bertolak aku sudah memeriksa waktu tayangan filem itu yang paling awal adalah pada jam 10.30 malam. disebabkan masjid itu tidak menyambut kempen Earth Hour, maka mudah untuk aku menunaikan tanggungjawab aku kepada Maha Pencipta dan bukan kepada Mahawangsa.

jam 9 kami tiba di square one batu pahat. sempat kutoleh kearah McD. gelap dan hanya lampu-lampu kecil dinyalakan. segera aku dan ditemani salah seorang rakan ku menuju ke panggung MBO untuk membeli tiket filem itu. jam 9.15 aku lihat seluruh square one terang benderang. ini bermakna pusat komersial itu tidak menyambut kempen yang memakan masa satu jam itu. mungkini mereka mempersetankan kempen itu kerana tidak mungkin akan ada televisyen atau media lain yang akan membuat liputan disitu.

kemudian aku turun semula dari pusat komersial itu untuk pergi ke McD untuk menjamu selera. jam 9.35malam McD sudahpun cerah seperti sedia kala. sempat aku menjawab panggilan dari abang polisku dari sabah dan sengaja aku memprovoke beliau untuk makan diMcD. disebabkan abang polisku tinggal disandakan, beliau tidak dapat memakan makanan pakcik berambut mmerah ini.kah kah kah.

selesai makan di McD dengan langkah selaju satu kilometer per jam kami segera ke panggung kerana jam sudahpun tepat pada 10.30 malam. suasana gelap didalam panggung menyebabkan aku merasa bahawa Merong juga menyambut Earth Hour. lambat sedikit dari waktu sebenar kerana mungkin diGoa baru menunjukkan jam 8.30 malam.ha ha.!

grafik filem yang agak kabur sedikit kerana hendak menunjukkan bahawa ini merupakan filem epik menguatkan teori aku bahawa Merong juga menyambut kempen Earth Hour. filem ini aku kategorikan sebagai boleh diterima kerana usaha menghidupkan suasana zaman purbakala dengan grafik yang menarik. cuma sedikit yang membuatkan aku merasa agak rungsing adalah kerana terlalu banyak dialog yang meleret-leret. selain dari itu aku labelkan filem sebagai 'baik pekerjaan' (istilah yang sengaja aku taip di google translate).

baiklah. ini sahaja yang dapat aku coretkan pada pagi ini (waktu sekarang adalah 1.17 pagi mengikut waktu Parit Raja Utara). dan penulisan ini aku terbitkan pada jam 10.30 pagi pada tarikh ini juga supaya aku tidak perlu mencuri masa untuk menulis pada siang esok. kerana aku perlu menyambung tugasan projek aku pada siang ini.



:: aku perlu rajin untuk berjaya!

Saturday, March 26, 2011

Bergelap untuk Bumi!

Earth Hour adalah satu gerakan dalam menyelesaikan masalah persekitaran bumi dengan mematikan lampu selama satu jam bermula pada 8.30 malam sehingga 9.30 malam. program ini memberi kesedaran kepada suluruh penduduk bumi dalam menjaga planet kita supaya kita dapat hidup diatasnya dengan aman damai.

cara menyambut gerakan ini cukup mudah kerana kita hanya perlu memadamkan semua lampu dirumah kita selama satu jam. digalakkan supaya untuk memadamkan semua peralatan elektrik, tetapi yang paling utama adalah lampu. tap jalanlah kita pergi padamkan lampu isyarat jalan raya pula.hehe.

sepanjang satu jam lampu dipadam itu, semua diminta untuk berjaga-jaga supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. semestinya kia dirumah harus mengawasi rumah kita dan jika kita menyambut diluar rumah maka, kita perlu menjaga diri serta harta yang berada disamping kita.



::tutup lampu malam ini!

Friday, March 25, 2011

Selamat Hari Polis untuk Polis seluruh dunia!




25 Mac 2011 sekali lagi semua anggota Polis Malaysia diraikan pada Hari Polis. sempena sambutan yang ke-204 ini, aku nak ucapkan Selamat Hari polis kepada semua anggota polis terutamanya kekanda aku yang berada di Sabah. dengan ucapan "Ijad, bila nak balik semenanjung lepak minum cendol?" haha..

wahai polis-polis semua silalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab berlandaskan kepada motto Polis iaitu 'Mesra Cekap Betul'. dan satu lagi yang paling penting adalah amanah. bukan kerana aku tidak percayakan polis-polis dalam kejujuran mereka, cuma kadang-kala masih ada polis yang menerima rasuah. walaupun hanya segelintir tetapi cukup untuk memburukkan nama baik polis.

layan lagu A la la la Tuk ini untuk meriangkan kita di Hari Polis ini!



akak polis pun cun macam akak nurse gak!


Thursday, March 24, 2011

Wednesday, March 23, 2011

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !

Game apa ni? aku pun tak tau. tunggu pukul 11 malam nanti!

SPM : Edisi menyampah!

gambar dicopy tanpa kebenaran!

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan hari ini. menurut laporan Berita Harian yang aku baca tadi menyatakan bahawa 9239 calon medapat keputusan cemerlang. dan yang slebihnya adalah kurang dan tidak cemerlang. dulu masa aku ambil keputusan SPM aku tergolong dalam golongan yang kurang cemerlang. ya lah, kalau dah tak dapat 17A1 macam Amalina tengok Astro sambil pakai headphone tu dikira kurang cemerlang la.

kepada yang berjaya tu aku ucapkan tahniah dan kepada yang kurang bernasib baik tu, ini bukan titik noktah dalam menuntut ilmu. masih luas bumi ini untuk kita mencari ilmu. kalau pun tak dapat masuk universiti, kita masih ada politeknik, kalau politeknik pun tak dapat kita masih ada kolej-kolej lain. kalau tak dapat semua, belajar gaya pos Adabi pun boleh. hehe..

kenapa aku tulis tajuk entry ini macam diatas? kenapa aku menyampah pasal SPM?

  • Segala berita di TV malam ini akan menunjukkan video orang menangis sebab berjaya mendapat keputusan cemerlang. bagi mereka yang tidak atau kurang cemerlang akan menjadi watak sampingan yang hanya melihat slip keputusan rakannya yang berjaya.
  • Surat khabar esok akan menayangkan gambar mereka yang berpeluk dengan ibu bapa atau rakan-rakan yang berjaya sambil menggosok-gosok mata (kononnya terharu)
  • Akan keluar tips-tips belajar yang selama ini orang sudah pun tahu disamping ayat-ayat kesedaran tentang betapa pentingnya menghormati guru dan ibu bapa. sedangkan orang lain yang buat macam tu pun tak dapat keputusan cemerlang juga.
  • Satu lagi tentang surat khabar, seminggu penuh ini akan ada berita pasal SPM biarpun berita tentang 'video seks ketua pembangkang' masih panas. aku rasa ada berita yang lebih penting dari kedua-dua berita ini.

haha..sebenarnya bukannya aku anti sangat dengan mereka-mereka yang cemerlang dalam SPM ni. walaupun pada dasarnya aku sebenarnya cemburu dengan kejayaan mereka. cuma kalau boleh pihak media janganlah terlalu memberi highlight kepada mereka. kerana risau mereka akan terlalu bersandar pada kejayaan silam bila mereka melanjutkan pelajaran.

walaupun bukan semuanya begitu, tetapi aku dapat perhatikan sedikit sebanyak golongan-golongan begini ditempat aku. pesanan aku adalah kenangan manis jangan dambil begitu banyak kerana kelak akan menyumbang kepada penyakit. ambil sedikit kenangan pahit kerana ia boleh dijadikan ubat dimasa hadapan.

Selamat Hari Lahir Kekasihku.. oh! Lisa..


wa malas nak cakap banyak.
cuma nak ucap selamat hari lahir buat jantung hatiku Lisa Surihani!




khas untukmu!

::dari kekanda mangges mu!

Tuesday, March 22, 2011

World Water Day 2011

Hari ini bersamaan 22 Mac 2011 datu dunia menyambut Hari Air Sedunia 2011. kempen ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya kebersihan air yang ada didunia ini.

Hari Air Sedunia telah dicadangkan pada 1992 di Persidangan alam Sekitar dan Pembangunan PBB. dan kali pertama telah dijayakan pada 22 Mac 1993. dan ia diteruskan sehingga kehari ini. klik sini untuk ke laman web kempen WWD2011.

Sedikit fakta tentang air:
  • Tahukah anda bahawa, 70% permukaan bumi dilitupi dengan air.
  • Tahukah anda bahawa, lebih daripada 55% badan kita adalah terdiri daripada air.
  • Tahukah anda bahawa, kita perlu meminum 8 gelas air sehari untuk menampung keperluan badan.
  • Tahukah Anda bahawa, air boleh wujud dalam 3 keadaan iaitu cecair, gas dan pepejal.
  • Tahukah anda bahawa, meminum air terlalu banyak juga boleh menganggu sistem dalam tubuh.
  • Tahukah anda bahawa, air terbaik adalah air Zam-zam yang boleh didapati di Makkah.
  • Tahukah anda bahawa, air terbersih adalah air Reverse Osmosis (RO) yang boleh didapati di mesin vendor di tepi kedai runcit.
  • Tahukah anda bahawa, purata halaju air hujan jatuh kebumi adalah 8-10KM/J
  • Tahukah anda bahawa, hidung aku sedang berair kerana sedang mengalami selsema. kah kah kah!
Jagalah kebersihan air mentah kita kerana kita amat memerlukannya!

Tokey kedai alat muzik mengamuk sebab kedai dah tak laku!


Pagi-pagi aku dapat berita tokey kedai alat muzik mengamuk sebab alat muzik diorang dah tak laku. ini disebabkan oleh ramai orang dah tak guna alat muzik untuk bermain muzik, tetapi hanya menggunakan mulut untuk menghasilkan bunyi.

last2 tokey kedai main sendiri la.

video dibawah sebagai bukti:


ahahaha. memang power la orang ni. rajin giler rakam satu-satu bunyi pastu gabungkan untuk siapkan satu lagu. kreatif!

Sunday, March 20, 2011

Despatch KRU (Mentor 5)





semalam aku ada ceritakan tentang buku Diari Mat Despatch. tapi malam ni ada satu lagi cerita tentang despatch. cerita ini berkaitan tentang Mentor kat TV3 hari ini. Mentor telah memanggil seorang peserta ujibakat kepada mentor Edry untuk menyanyi sebagai peserta undangan.

yang menariknya peserta itu yang namanya aku tak ingat cuma yang aku ingat kassim saja. dia telah datang ke ujibakat Edry dulu. tetapi tidak diterima. pada masa yang sama dia telah bagi Edry resume beliau untuk bekerja sebagai peon atau despatch pejabat KRU.

pada malam ni mamat tu telah diterima sebagai despatch KRU selama seminggu. dalam masa seminggu ni prestasi dia sebagai despatch akan di nilai. jika baik perfomance dia, maka dia akan terus diterima bekerja disitu. tetapi jika tak baik maka dia tidak dapat meneruskan kerja sebagai peon KRU. tak pun dia diterima sebagai protege KRU kot.

video kat atas tu adalah lagu mamat tu bersama band rock dia yang bernama S-Five. lagu yang diaorang bawa tu bertajuk Mimpi di patuk ular.


::lepas ni nak interview kerja pun kena menyanyi gak..

Anda 'sakit hati'? sila laporkan kepada SKMM



berita dari Malaysia Kini (19/3/2011)

sekarang ni blogger-blogger harus lebih berhati-hati dalam menulis blig. ini kerana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh bertindak kepada anda jika mendapat laporan daripada mereka-mereka yang sakit hati dengan isi kandungan blog anda.

orang pertama yang telah disoal siasat oleh SKMM adalah blogger Mohd Nur Hanief Abdul Jalil. ini kerana ada orang teah sakit hati dengan kandungan blog beliau. aku ada jumpa satu blog tapi tak pasti sama ada ini blog hanief tu. nampak gaya macam blog dia. click here



::kita memang bebas bersuara! kah kah kah!

Saturday, March 19, 2011

Diari Mat Despatch

(1:07 pagi waktu parit raja utara)
# tetapi aku terbitkan penulisan ini pada jam 11:59 pagi hari yang sama. harap maklum!

hari ini aku ingin berkongsi dengan kamu semua tentang sebuah buku atau aku tidak tahu secara spesifiknya sama ada ini buku atau novel. tetapi aku istilahkannya sebagai buku sudah memadai kan? baiklah buku ini dijudulkan dengan nama 'Diari Mat Despatch'. buku yang sepatutnya bersaiz sebuah buku laporan sains sekolah menengah telah dikompakkan kepada saiz buku nota.

'Diari Mat Despatch' (gambar dicuri dari fesbuk esan)

buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai Mat Despatch yang mahu mengambil ujian penyunting sambilan di salah sebuah syarikat. disebabkan ujian itu mewajibkan calon menggunakan ayat 'Bahasa Melayu Tinggi' atau singkatannya BMT, lelaki ini telah menulis buku dalam bentuk diari.

dimulakan dengan sedikit pengenalan diri dan keadaan sekeliling, buku ini berkisar tentang aktiviti-aktiviti seharian beliau. nama sebenar lelaki ini dirahsiakan atas sebab tidak mahu segala rahsia tentang dirinya tersebar jika diari ini terlepas dari jagaan beliau. maka, beliau menggunakan nama Idlan Rayyan Bin Zahid Hamidi.

aku mula membaca buku ini disaat pemilik buku ini (pemilik buku ini juga meminjam buku ini daripada rakannya) pergi bermain futsal ditengah malam. dan dari permulaan buku ini aku merasakan ia agak bosan sehinggalah ke muka surat 18. di sinilah titik permulaan keseronokan aku membaca buku yang bertajuk 'Diari Mat Despatch'.

dikala aku menulis entry ini, aku masih belum menghabiskan seluruh isi perut buku ini. pembacaan aku terhenti di muka surat 19 kerana aku begitu teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang buku ini. dan aku mungkin gagal menghabiskan pembacaan aku pada saat ini kerana deruman enjin motor tuan buku sudah pun kedengaran diluar. niat dihati, ingin saja aku ke MPH Bookstore pada esok hari untuk membeli buku yang beharga Ringgit Malaysia sembilan dan sembilan puluh sen.

jika kamu semua ingin mengetahui kesudahan buku ini, aku usulkan agar kamu semua juga turut membeli buku ini. kerana aku belum pasti dapat menghabiskan pembacaan aku dalam masa terdekat ini. walaupun buku ini hanya mempunyai seratus lima puluh lima muka surat sahaja, tetapi aku amat kesuntukan waktu kerana penulisan tesis projek sarjana muda aku masih di bawah peratus memuaskan.

aku juga teringin untuk menerbitkan buku seperti ini. tetapi aku tidak pandai untuk 'menulis 'malah menaip pun masih seperti ayam mematuk dedak.


(corak penulisan yang agak skema ini adalah impak daripada pembacaan aku terhadap buku ini)

Friday, March 18, 2011

Keputusan Penuh Raja Lawak Astro Musim Ke-5 (RL5)


Keputusan Penuh Raja Lawak 5

Juara: Man
Kedua: R2
Ketiga: Balas

::tahniah Man..tapi sayang
Nazmi tersingkir minggu lepas

Cinta Sejati!

Chris Medina dan Juliana Ramos

di youtube sekarang ni tengah femes lagu 'What Are Words' dari peserta Amarican idol iaitu Chris Medina. lagu ni ditujukan khas kepada tunang beliau (Juliana Ramos) yang mengalami kerosakan otak.

dua tahun lepas Chris telah melamar Juliana di Starbuck iaini tempat kerja Juliana. dan kisah sedih ini bermula ketika Julie memandu pulang dari bekerja pada Oktober 2011. kemudian berlaku kecelakaan dan mengakibatan kerosakan otak Julie. perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkkan disebabkan oleh kerana masalah kesihatan dan peningkatan kos rawatan.

ketika ujibakat AI

ketika ujibakat American Idol Chris telah diminta oleh juri supaya membawa Julie bersama kedalam dewan ujibakat. Julie sungguh teruja apabila mengetahui bahawa Chris layak memasuki AI untuk tahun ini.





:kat bumi ni susah nak jumpa lelaki macam ni dah. tinggal mamat ni dengan aku je. kah kah kah !

Thursday, March 17, 2011

Lokasi dan Resepi Mee Racun Batu Pahat



tengah hari ni kita bercerita tentang makanan sikit. pasti mengiurkan korang.haha..


sering kali aku check keyword kat nuffnang tu aku selalu nampak orang search mee racun. kenapa diorang cari mee racun? nak cari lokasi atau nak cari resepi mee racun tersebut. dulu aku ada cerita tentang mee racun kat sini. mungkin itu yang membawa kepada keyword ini. jadi hari ini aku nak tolong mereka dengan meletakkan lokasi dan resepi mee racun tersebut.

Lokasi:

alamat kedai ini aku tak tahu. tapi, ia bersebelahan dengan pencawang TNB dan berdekatan dengan Carrefour Batu Pahat.

Resepinya pula:

Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 600 g mee kuning
  • 1/2 kg tulang kambing
  • 1/2 inci hali ditumbuk
  • beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
  • 3-4 biji bawang merah dikisar
  • 2-3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 sb lada boh
  • 5 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb gula
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh)
  • sebiji tomato (dipotong baji)
Cara-cara
  1. Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
  5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
  6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
  7. Boleh letak telur kalu suker.... Saya tak letak... sbb byk dah kalori.... heheheh...
  8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng..
Aku copy dari blog My Resepi

Wednesday, March 16, 2011

Panggilan Hangit Hot FM Lisa Surihani

dok bosan-bosan di malam hari terniat pula nak cari clip rakaman panggian hangit HotFM. saja-saja nak dengar sebab dah lama tak dengar HotFM. dan terjumpa satu klip panggilan hangit untuk Lisa Surihani. jom kita sama-sama dengar:



lepas habis aku dengar aku dapat rasakan bahawa Lisa Surhani adalah antara artis wanita yang betul-betul menjaga percakapannya. contohnya ketika FBI menyatakan bahawa dia lebih percayakan Lisa berbanding isterinya, Lisa segera membalas dengan baik. katanya tak baik FBI mengata isteri sendiri.

selain itu ketika beliau diberitahu bahawa dia telah dikenakan oleh FBI dengan serta merta dia beristighfar. dan tanpa mengeluarkan ayat caci maki seperti artis-artis lain yang memaksa HotFm men-censored-kan perkataan itu.

tapi aku amat marah (tanpa mengeluarkan ayat caci maki) kepada HotFm kerana telah mengenakan kekasih hatiku ini. tak pe Cik Lisa, jap lagi abang mangges call u ok!kah kah kah . apa-apa pun huruf 'R' you sungguh cute dan I amat terpikat dengannya. haha!

::aku bangga ada artis
Malaysia macam ni!

Apa yang korang tahu tentang 'Gary The Snail'

entry sempena cuti sekolah!


korang rajin tak tunggu kartun SpongeBob SquarePants setiap petang? kalau korang selalu tengok mesti korang kenal dengan Gary The Snail iaitu haiwan peliharaan SpongeBob. seekor siput yang dibela seperti binatang peliharaan lain. Nama betul beliau adalah Gerald Betram "Gary" The Snail II. dilahirkan pada hari pekerja 1999. dan dia adalah siput jantan.

Gary juga adalah bersaudara dengan Patrick Star kerana ayah Gary adalah seekor tapak sulaiman iaitu Sluggo Star. dan ibu Gary adalah seekor siput. mengikut salah silah keturunan dia dan patrick adalah sepupu.


Gary boleh mengiau seperti kucing. dan dia pernah bercakap dalam beberapa episod. pernah sekali dia menjadi ganas kerana badannya tercucuk dengan sembilu.

Gary pernah melarikan diri dari rumah kerana SpongeBob terlalu obses dengan permainan yang baru dibelinya sehingga terlupa untuk memberi Gary makan. SpongeBob berusaha mencarinya dan begitu menyesal dengan perbuatannya. akhirnya Gary kembali kepangkuan SpongeBob tidak lama kemudian.

Gary lebih matang daripada Squidward dan dia lebih bijak kerana gemar membaca buku dan perkara berkaitan dengan pembelajaran.

walaupun Gary adalah seekor siput tetapi dia mempunyai 10 jari kaki. tapi dia tetap mengesot kerana dia tidak mempunyai kaki.


::SpongeBob setiap
petang jam 5 di TV9

Eddy Ezwan


entry ini aku tulis kerana kekurangan idea. kemudian datang penama diatas dan menyuruh aku menulis tentang dirinya. aku dengan berat hati menaip entry ini sambil menunggu apa yang diucapkannya. disebabkan ayat beliau yang agak berterabur maka ayat yang aku taip ni pon memang berterabur. kalau korang rasa macam nak termuntah sila alihkan pembacaan anda ke-entry lain. sebab aku pun rasa loya dengan entry ini! kah kah kah!

ini adalah mysteryman!

nama pelik sepelik orangnya. kau tulis betul-betul. kau tulis la aku ni giler ke?power main PES11. kitai kau 2-0 ke? mystery man nama gelaran. puuih!!. dia ada kelab namanya sunshine club. jangan tulis dia ada dua awek eh. nanti awek dia mengamuk kalau baca. laptop aku kejap-kejap mati.

dia buat psm sendiri tanpa supervisor. dia seorang yang hebat kerana mampu membuat psm tanpa supervisor. dia hebat kerana dia tak buat kerja sambil tido sahaja. tidurnya sering diganggu oleh zulfadhli pada setiap hari selasa awal sejam dari wakt tidurnya.

dia sering memikirkan tentang masa depan.tentang kereta yang bakal dipandunya, nama anaknya, dan yang paling penting dia tak akan beli henpon untuk anaknya.

dia nak jadi apa eh?kalua dia kaya kan..dia nak buka satu kedai makan dan jadi boss. dia tanak tau hal-hal kedai tu. bila dia datang da nak duduk kat kauner sahaja. dia nak lampu kedai warna kuning tapi bukan lampu pendaflour. da nak buat kedai macam kedai ayam pennyet kat sarawak. dia nak buka kedai tanpa nama.

aku dah penat menaip. tapi dia nak cerita lagi. berbalik kepada kelab sunshine yang dia tubuhkan tu.ahli kelabnya ada 4 orang iaitu zulfadhli, rizal, afiq dan ansharullah. penyokong-penyokong ini sering memberi dia semangat apabila hendak bermain PES11. ayat yang paling dia gemar ucapkan kepada ahli kelabnya adalah "gud morning sunshine!"

dia nak kerja kat power plant. tapi tempat praktikal pon dia tak dapat. 20 resume yang dia hantar cuma satu sahaja yang direspon. itu pun jawapanya adalah mendukacitakan. c***i betul la. bila nak dapat tempat ni?

diharap sesiapa yang membaca entry ini dapat memberi dia tempat praktikal supaya masa depan anak dan isterinya terjamin. dia cakap kalau aku tulis entry pasal dia blog aku akan jadi femes. sebab dia adalah seorang artis yang berwajah iras-iras Safee Sali.


:: sumpah menyampah
aku taip entry ini!

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER PULAU PINANG


Aku sebenarnya bukan lah blogger Pulau Pinang yang asli. disebabkan perlu diletakkan negeri kelahiran terpaksalah aku meletakkan Pulau Pinang. aku dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang. menetap disana selama 5 tahun dan kemudian mengikut ayahku berpindah ke Johor. setelah berbelas tahun aku tinggal di Johor, ayah aku sudah pon menjadi lagenda atau lebih mesra dengan gelaran pesara. kemudian aku berpiindah ke Taiping, Perak. disebabkan aku masih belajar di Johor, maka aku sebenarya adalah Blogger Johor. nanti aku boleh jadi Blogger Perak pula. pasni aku nak jadi blogger negeri-negeri lain lak. hahaha..

Profession aku adalah sebagai seorang pelajar yang masih kurang ajar!

Blog feberet aku : sokernet yang gila-gila, conteng-conteng yang sungguh kiut dan d_hatie yang sungguh cun!

Blog paling aku benci : blog yang suka kutuk orang dan blog yang ada muzik atau lagu-lagu yang menganggu playlist yang sedang aku play di pc aku. siapa yang makan cili dia yang rasa pedas.

harapan terhadap blog: semoga blog aku masih dikenang biarpun aku sudah tiada nanti. seperti lagu Hujan "bila aku sudah tiada..simpan semua entry ku, jangan dilupakan aku.."

15 Mac 2011? Aku masih boleh main facebook?



adakah anda sedang bermain facebook. atau facebook anda telah pun tiada kerana facebook telah ditutup oleh Mark Zuckerberg? aku masih lagi bermain facebook ketika ini. dan sedang berseronok menconteng wall orang kerana facebook aku belum ditutup lagi.

berita yang kita dapat pada dua tiga bulan lepas adalah berita palsu yang sangat annoying. kah kah kah! memang lawak betul la orang yang buat cerita tu. tak kan la Zuckerberg tu nak tutup facebook ni macam tu saja. kalau hidup dia dah tak terurus pon baik dia jual Facebook ni kat orang lain. kompom dapat duit.

kalau antara korang yang dah tak boleh buka facebook lagi tolong bagitahu aku ye. kot-kot Zuckerberg terlepas pandang kat Facebook aku ni. ahahaha..

Penjelasan Krisis Nuklear Fukushima

Pagi ini aku ada membaca blog Kyo9. kyo ini adalah (pelajar kot) yang menetap di Jepun. aku kenal dia dari satu laman forum tak lama dulu. kenal gitu-gitu je la. dia ada menjelaskan tentang kebocoran nuklear yang berlaku di Fukushima. katanya memang ada kebocoran pada power plant tu. tapi hanya sedikit saja. menteri-menteri Jepun pun sedang berusaha meyakinkan seluruh pemimpin dunia bahawa kebocoran ini tak akan merebak ke negara luar.

sedikit petikan dari blog beliau:

Majoriti media massa gemar menjadikan berita yang kecil menjadi besar dengan menakut2kan orang ramai tentang bahaya kesan radiasi dsb sedangkan kerajaan Jpon berkali2 memberitahu bahawa bahan radiasi memang ada yang bocor namun dalam jumlah yang begitu kecil dan terkawal!.....

klik sini untuk baca lebih
lagi satu dia ada cakap sedikit tentang penyebaran tentang kejadian ada kaitan dengan ayat al-quran. memang la Allah yang merancang semua kejadian dan malapetaka yang berlaku ini. tapi jangan lah sehingga mengkaitkan dengan pengiraan yang aku rasa macam direka-reka. bagi aku, bala yang Allah timpakan ini adalah sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada setiap manusia.

dan tentang penyebaran sistem pesanan ringkas (sms) yang menyatakan supaya kita jangan keluar rumah tu dan pakai baju hujan adalah sangat tak masuk akal. kalau betul pun kebocoran yang berlaku tu, tak akan sampai la Malaysia ni. cuma kalau dengan kuasa tuhan saja ia akan sampai. tapi jika mengikut logik akal tak mungkin lah.

lepas aku dapat sms palsu semalam aku terus je pergi main bola tanpa menghiraukan hujan renyai yang sedang turun ke bumi. memang best main bola time hujan.


aku lebih percayakan kyo ni daripada percayakan sms palsu tersebut!

Monday, March 14, 2011

Aku sebuah assignment!

entry ini didedikasikan kepada segala macam assignment mangges serta projek psm nye!




Aku sebuah assignment. aku diwujudkan oleh seorang pensyarah untuk diberikan kepada mangges ini. disebabkan isi kandungan aku terlalu banyak, maka pensyarah(yang namanya tidak boleh dinyatakan atas sebab-sebab tertentu) telah memberi tempoh masa yang panjang untuk mangges menyiapkan aku.

bermula kehidupan aku setelah aku diserahkan secara rasminya kepada mangges. aku sentiasa berada dalam ingatan mangges pada hari pertama aku duwujudkan. setelah mangges balik kerumah sewanya pada petang itu, aku telahpun sedikit demi sedikit ditinggalkan olehnya diatas meja belajarnya.

masuk hari kedua aku merasakan diri aku sudah pun ditinggalkan secara total diatas meja belajar mangges. ditindih pula dengan rakan-rakan assignment dari subjek lain. kami semua seolah-olah sudah menjadi sampah disitu.

hari ketiga aku diwujudkan. kelihatan mangges menghampiri meja. aku serta rakan-rakanku mula bersorak gembira. "siapa yang mangges akan pilih dahulu?",bisik kami dalam hati. tetapi harapan itu musnah berkecai. mangges hanya mengambil kunci motor buruknya dan berlalu pergi.

hari ke-empat dan ke-lima kami masih menanti dengan penuh harapan. masihkan ada kami didalam hati mangges? atau sekurang-kurangnya berada disudut otak kirinya. "mangges please mangges!",kami mengharap lagi. hampir masuk hari ke-enam kami masih disitu sambil ditindih-tindih lagi dengan rakan-rakan baru kami.

hari ke-enam. yeah! mangges mula menyusun kami satu persatu. dibelek-beleknya kami sambil berkerut dahinya. mungkin dia baru sedar bahawa kami semakin ramai. dan kami mula menyesakkan kepala hotak beliau. tetapi mangges meletakkan kami kembali dan beredar. kelihatan dari jauh mangges cuba bertanyakan hal kami kepada rakan-rakan serumahnya. harapan kami kembali berbunga.

hari ketujuh. mangges mula kelam kabut cuba untuk menyiapkan kami. tetapi kalau sudah namanya kerja 'last minute' mesti lah kami disiapkan sekadar melepaskan batuk ditangga. dengan keadaan kami yang kucar-kacir, serta keadaan mangges yang kusut masai, kami akhirnya siap untuk dihantar.

hari due date. kami dihantar kepada pensyarah tersebut. pensyarah menerimanya tanpa berkata apa-apa. juga tanpa senyum. lagu malique dan najwa tidak dapat diputarkan kerana situasi yang agak tegang. mungkin kerana dia tahu kerja pelajar-pelajarnya keatas kami memang tidak memuaskan.

sebelum bermulanya peperksaan akhir, markah kami mula dipaparkan. dan ketika itu aku nampak penyesalan yang maha hebat terukir diwajah mangges. dalam hati kami terdetik" padan la dengan muka kau mangges! buat kerja ala kadar..dapat markah pun ala kadar la..haha".




: baik kau siapkan
assingment kau
wahai mangges!

Dato Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan ( All England 14 Mac 2011)


Dato Lee Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan dalam perlawanan straight set dengan mata 21-17 dan 21-17. ini bermakna LCW berjaya mempertahankan kejuaraan pada kejohanan sama pada tahun lepas.


::sebelum game bermula aku sangat yakin bahawa LCW akan tewas mudah kepada Lin Dan. bukan kerana aku tidak bersemangat dengan negara sendiri, tetapi berdasarkan kepada prestasi beliau keatas Lin Dan. tetapi segalanya berubah pada malam ini. semoga ada pelapis LCW selepas ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails