manggester

Tuesday, November 30, 2010

Ramalanku salah belaka!





hurm..speechless..


aku bangun dari tidur pada jam 3.55 pagi semata-mata untuk menonton perlawanan el clasico pagi ini..dengan berbekalkan tidur selama 15minit aku kuatkan semangat untuk menyakskan perlawan best ini..buka internet dengan harapan boleh menonton secara live dirumah..tetapi, hampa..halaju internet seperti sama dengan halaju siput sedut yang enak dimasak gulai lemak, aku mengorbankan tubuhku ini dimamah embun pagi di kedai mak-mak..hanya ditemani oleh soleh selepas janji yang ditaburkan oleh esan berkubur dengannya diatas tilam empuk tinggalan pelajar senior itu..

habis satu parit raja aku ronda..semua kedai mak-mak ini penuh..akhirnya aku mengangkat meja sendiri sambil kerusi dibekalkan oleh soleh..menghadap tv yang hanya sejengkal besarnya, aku mengfokuskan mataku seperti mata cyclop untuk menonton..

setibanya aku dikedai itu jumlah jaringan sudahpun menjangkaui 2-0 memihak kepada barcelona..seorang mak-mak yang agak hensem berbanding mak-mak lainmendekati aku dan soleh untuk mendapatkan ramalan aku tentang game tersebut order aku..aku memesan nes tarik serta kueytiau goreng kerana perut seperti menyanyi lagu kebangsaan sepanyol tanpa diiringi muzik..

tonton punya tonton..pada jaringan ke-4 barcelona baru lah kueytiau aku tiba..pada saat itu mood menonton pun seakan-akan pudar (walaupun sangat suka melihat rossa menggedik nyanyi lagu pudar) kerana Real Madrid yang mendapat sedikit sokongan daripada aku seperti hidup segan mati tak mahu bermain bola..walaupun aku bukan kipas susah nak mati Galaticos, haiku sedikit terguris dengan keputusan ini..( aku penyokong valencia fc)

dalam keadaan sedih itu air mata aku turut mengalir.. bukan sebab jaringan ke-5 barca oleh Jefridin..tapi disebabkan oleh kueytiau yang dipesan begitu pedas..beberapa tangkai cili padi telahpun selamat dikunyah oleh aku..air mata menitis dipipi ku yang agak mengembung dan telinga seakan-akan telinga monyet yang degil (kartun rakyat zaman kecil2)..

dan berbalik kepada entry aku sebelum ini ( klik jika tak baca lagi ) ramalan aku yang mengatakan bahawa Real Madrid berjaya menewaskan Barcelona adalah meleset dan tidak tepat sama sekali..Real Madrid mendapat sebelah tangan daripada Barcelona..perlawanan yang dihiasi dengan permainan yang agak kasar dan mendapat bekalan kad kuning dan merah yang mencukupi untuk kedua-dua pasukan..

sebelah tangan je dik..bukan 2 belah tangan

kesimpulannya, Barcelona adalah klasemen sebenar..apa itu klasemen? tanya geng-geng sokernet..





:: 5 kosong adalah langsung tak cool..
mourinho, apa alasan anda!

el Clasico




yeah..! pagi ini kita akan menonton perlawanan yang dinanti-nantikan pada setiap musim.. mungkinkah pada musim ini Real Madrid yang diberi jolokan 'Galaticos' dapat mengalahkan kelab 'Catalan' iaini Barcelona? sejak dari 2 atau 3 musim lepas Real Madrid tidak mampu menandingi Barcelona.. tapi bagi season ini kelab ini ada ramuan baru yang akan ditonjolkan..

jom kita tengok sedikit sebanyak fakta yang berkaitan sebelum game jam 4 pagi ini..


Barcelona

kelab ini merupakan salah satu kelab yang mempunyai rekod yang baik di eropah..corak pemainan bersahaja dan mempunyai pemain-pemain yang mampu menyimpan dan menghantar bola dengan baik..lihat sahaja pada messi,iniesta dan juga xavi..walaupun mereka bertubuh kecil tetapi skill yang mereka ada sudah cukup untuk menjatuhkan moral pemain pihak lawan..selepas membuat hantaran-hantaran sesama mereka, mereka akan cuba sedikit-demi sedikit untuk mendekati gol lawan..apabila pihak lawan sukar untuk mendapatkan bola dari para pemain ini, mereka akan cuba bertindak agresif..akan tetapi dengan pengalaman yang dimiliki oleh pemain-pemain Barca ini, mereka tahu apa yang patut dilakukan..cuma bagi aku kelemaha pada kelab ini adalah penjaga gol yang tidak begitu menyakinkan..Victor Valdes kadang kala agak lemah untuk mengawal gawangnya..cuma selalunya kelemahan itu dapat dilindungi dengan kehebatan pertahanan yang diketuai oleh Puyol..


Real Madrid

pada musim ini, pasukan ini telah dibimbing oleh pengurus yang amat berkaliber..iaitu The Special One..Jose Mourinho merupakan jurulatih yang telah berjaya membawa beberapa kelab-kelab besar seperti Porto, Chelsea dan Inter Milan menjuarai beberapa kejuaraan..cuma di chelsea sahaja beliau gagal membawa pulang mahkota eropah..akan tetapi dengan tektikal yang amat bermutu serta dibantu oleh pemain-pemain bintang tidak salah untuk kita meramalkan kelab ini untuk berjaya pada musim ini..pemain-pemain seperti C.Ronaldo, Angel DiMaria, Xavi Alonso, Samir Khedira, Gonzalo Higuain serta bintang German iaitu Mesut Ozil mampu untuk membawa kelab ini untuk bersaing di liga domestik juga liga eropah..pada masa ini kelemahan bagi kelab ini masih boleh ditampung oleh semua pemain-pemain bintang ini..

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi

Ramalan aku untuk perlawanan pagi ini adalah Real Madrid mampu untuk mengalahkan Barcelona dengan jaringan 2-1 ( Gonzalo Higuain, Cristiano Ronaldo-Lionel Messi)..ini cuma ramalan aku berdasarkan kepada prestasi kelab.. tapi barcelona juga ada peluang untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan kepada bermain ditempat sendiri..perkara yang paling penting bagi Barcelona adalah mengikat pemain-pemain liar Real Madrid..kerana dengan kelajuan yang ada pada setiap pemain Real mampu untuk mengucar-kacirkan kawasan Barcelona..

Barisan kemungkinan

Barca | Valdes,Alves,Pique,Puyol,Abidal,Busquets,Xavi,Iniesta,Pedro,Messi,Villa
Real | Casillas,Ramos,Carvalho,Pepe,Arbeloa,Khedira,Alonso,Maria,Ozil,Ronaldo,Higuain

Monday, November 29, 2010

Amerika bom Iraq..ayam kat Malaysia naik harga!


persoalan yang selalu bermain di kepala kita adalah kenapa iraq kena bom ngan amarika tapi ayam di malaysia lak naik harga..sebabnya adalah..bila iraq kena serang minyak ,pengeluaran minyak dari iraq akan berkurangan..ini akan menyebabkan permintaan kepada minyak meningkat..amarika sebagai pengawal ekonomi akan cuba bemain-main dengan keadaan ini..justeru itu, negara-negara kecil sperti malaysia yang terlalu bergantung kepada ekonomi dunia akan menanggung akibatnya..bila harga minyak naik di malaysia..maka kos untuk menghantar ayam kepasar oleh penternak ayam akan meningkat..jadi..tokey-tokey ayam kat pasar akan menaikkan harga ayam sehingga lebih tinggi dari siling rumah..

jom layan lagu best kat bawah ni pasal harga ayam!



Disuruh dan menyuruh


dikala sunyi ini hanya ketik-ketik papan kekunci ku mengisi suasana..
disaat mereka menikmati keberaduan masing-masing,
sengaja aku cekangkan mata ini..
menahan otak yang semakin memberontak..


ahah! sedikit nukilan puisi aku coretkan daripada bakat keturunan pecinta puisi..untuk pengetahuan korang ayah aku adalah seseorang yang amat berbakat dalam menulis puisi-puisi ini..bila aku baca tulisan-tulisan beliau aku cuba untuk menjadi sepertinya..tapi hasilnya haprak..

huh..sebenarnya aku bukan nak cerita tentang puisi aku mahupun puisi ayahku..tapi aku nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku dengar semasa khutbah jumaat lepas di masjid jamek uThm..tajukmya disuruh dan menyuruh..

siapa yang disuruh dan siapa pula yang menyuruh..?

Allah swt merupakan bos kepada kita semua..kita hanyalah hamba..kuli..serta pencacai dimuka bumi ini..Dia menyuruh kita melakukan kebaikan..Dia menyuruh kita melakukan amal ibadat..dan yang paling penting Dia menyuruh kita 'beriman kepadaNYA'..

tapi terpulang kepada kita untuk mengikut suruhan itu atau mengingkari suruhanNya..dan berdasarkan kepada sebab inilah Allah telah mencipta syurga dan neraka..barang sesiapa yang mematuhi suruhanNYA, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga..dan jika sebaliknya dia akan dihumban kedalam neraka..Allah swt adalah Maha Adil..Dia tidak akan memungkiri janjiNYA..

siapa selain Allah yang akan memberi suruhan? ibu,ayah,suami,bos,cikgu,alim ulama' dan ramai lagi..selagi suruhan-suruhan mereka itu tidak bertentangan dengan ajaran Allah, maka ia adalah wajib kita patuhi..contohnya ibu dan ayah menyuruh kita menunaikan solat..maka wajib kita tunaikan..bos-bos kita menyuruh kita menyiapkan kerja,maka kita wajib menjalankan tanggungjawab tersebut..begitu juga bagi suruhan-suruhan lain..


disamping itu kita juga boleh menyuruh orang lain..contohnya kita menyuruh adik-adik kita supaya menghormati orag yang lebih tua darinya..maka wajib lah mereka mengikuti suruhan itu..selagi mana suruhan kita berlandaskan kepada hukum Islam,selagi itu lah ia wajib dituruti..

dalam kehidupan ini kita perlu muhasabah diri selalu..kerana dengan memuhasabah diri kita akan kenal diri kita sendiri..da yang paling utama adalah kita akan kenal pencipta kita..






:: penulisan aku agak skema..
kerana mood keinsafan muncul..
tak pasti sampai bila..
harap2 keinsafan sentiasa dihati!

Sunday, November 28, 2010

Jared Leto (30 seconds to mars) dan kembarnya!


korang kenal tak 30 seconds to mars ?
kalau kenal mesti korang tau jared leto kan..
vokalis band 30 saat ke marikh tu..
dan kalau korang nak tau dia ni ada kembar..
kembardia pompuan..
muka sama je..

first, korang play lagu ni dulu untuk feel ke marikh!



ini lah kembar beliau
tapi kena solek dulu..






























dan jared leto sebenar :

sama tak muka diorang..ahahaha..
kalau korang nak jadi jared leto gak bley la ikot tutorial kat bawah ni..






:: aku nak make up muka aku jadi aaron aziz..
ahahahaha..

Saturday, November 27, 2010

‘Contest gambar kenangan sekolah dulu2’



berdasarkan kepada gambar diatas saya, Mangges ingin melibatkan diri di dalam peraduan yang telah di anjurkan oleh blog " ida sayang kamu ".. dengan ini saya telah pun menampal gambar saya semasa menyekolah dulu-dulu...



Keterangan gambar:

Kelas : 5Jentera2..( 2 gadis dan selebihnya jejaka tampan )
Sekolah : Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
aku yang tengah sembang 2 orang kat tengah tu..


saya amat berharap agar gambar ini diterima sebagai juara ..


Rujukan


:: kelas ramai lelaki..
tapi sampul meja warna pink..
jambu beb!

Friday, November 26, 2010

Peperiksaan membazir kertas!

salam..

[entry ini menunjukkan aku membenci peperiksaan]


kenapa aku benci exam...

1. aku kena study
2. memberi tekanan yang aku tak perlu tanggung
3. membuatkan masa tidur/ fesbuk/ blogging aku berkurang
4. aku kena berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam exam
5. pembaziran kertas berlaku!



peperiksaan ni sebenarnya menyebabkan pemanasan global..ini kerana :

exam > kertas > kilang > pokok

bila ada exam maka kita perlukan kertas..
bila ada kertas kita perlukan kilang kertas..
bila ada kilang mesti lah kertas daripada pokok..

pokok yang ditebang akan mengakibatkan hutan kita gondol..dan proses penanaman semula akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh kembali..

pokok yang telah ditebang akan diproses di kilang untuk menghasilkan kertas..proses ini akan mengakibatan pembebasan asap dari kilang..asap-asap yang beracun akan menipiskan ozon..

setelah kertas siap, ia akan digunakan untuk exam..kertas soalan exam yang digunakan akan dibuang oleh kebanyakan pelajar-pelajar kita..maka ia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar..sekurang-kurangnya 7/10 orang akan buang kertas soalan selepas digunakan..

hah! tengok tu..macam mana peperiksaan boleh mengakibatan kan bumi kita semakin tercemar..oleh itu,saya menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab agar memberhentikan peperiksaan!



haha..faktor utama aku membenci exam adalah sebab aku perlu study..aku sebenarnya malas betul nak study..bila aku study ia akan membebankan aku aku mencapai keputusan yang baik..bila aku fikirkan keputusan yang baik,maka aku perlu kurangkan masa untuk bersantai-santai..itu lah sebab utama aku benci exam..dan kisah pemanasan global ini hanyalah sebagai 'ajinomoto' kepada perasaan benci aku ni..kehkehkeh..



:: aku bakal menjawab paper final pertama petang ni (lepas jumaat)
semoga aku berjaya mencapai keputusan yang cemerlang..
wish me luck!!


Wednesday, November 24, 2010

CONTEST PECAH TABUNG



huh..pagi-pagi ni aku terbaca satu contest yang amat menarik dan simple..contestnya bertajuk contest pecah tabung..yea..tuan contest ni nak pecahkan tabung nya..jadi dia minta kita teka berapakah nilai seluruh isi tabungnya..

kalau korang nak join boleh la ke belog ni:

warna-warni kehidupan


syarat-syaratnya mudah saja..jadi pengikut blog tu dan hantar jawapan kat entry blog tu juga!



:: dah lama aku tak pecah tabung..
sebab dah lama aku tak menabung!

Chin Peng buka workshop diTaiping!

korang kenal chin peng? salah seorang ketua komunis yang amat menyusahkan seluruh penduduk Tanah Melayu pada satu masa dahulu..setelah beliau dibuang negara, beliau telah memohon kembali untuk menjadi rakyat malaysia..tetapi telah mendapat bantahan dari banyak pihak..

ini kerana masih terngiang-ngiang kekejaman yang dilakukan olehnya kepada nenek moyang kita..biar pun kita tak melalui zaman perit itu tapi kita jangan lah terimanya kembali..kerana ia akan menimbulkan rasa kurang senang didalam masyarakat..biar dia rasa menjadi buangan di negara orang!

tapi..berdasarkan kepada tajuk aku tu..beliau telah menubuhkan satu workshop di Taiping..dengan gelaran pakar membaki pintu besi dia telah menjalankan perniagaanya disini..sila tengok gambar dibawah:



errrr..chin peng dengan ching peng sama ke?


hehehe..aku jumpa iklan ni kat station bus kemunting,taiping hari tu..saja je nak provoke sikit..tapi apa=apa pun aku menyokong untuk tidak menerima pengganas komunis itu kembali ke Malaysia!



:: luka lama masih belum sembuh!

blog ke-belog | ucent's fortress

segmen terbaru beLOg mAngGes

ok! hari ni aku saja nak menerjah ke blog orang..segmen ini dinamakan 'blog ke-belog'! dalam segmen ni aku akan membuat terjahan keras keatas blog orang lain yang aku rasa nak terjah..oh! blog pertama untuk segmen ini adalah blog kembar ku iaitu Husain Anuar *kembar tak seiras/tak seibu/tak sebapa/dan tak ada pertalian darah pun..cuma kami berkongsi tarikh lahir saja* blog yang diberi nama "ucent's fortress : aint just a blog..its..GOblog"

aku kenal pemilik blog ni sejak dari bangku plastik sekolah menengah teknik johor bahru lagi..beliau seorang yang aktif bersukan terutamanya bola sepak..dengan panggilan manja ucent dan kengkadang dipanggil lempoyang(aku tak tau mana datang ucent lempoyang) beliau menjadi blogger sejak dari tahun lepas..cuma dengan sedikit kekangan masa, beliau agak sukar untuk mengupdate blog..

di blog-nya beliau mencoretkan sedikit sebanyak kehidupan seharian, cerita seluruh dunia, apa yang beliau minat dan macam-macam lagi..beliau merupakan peminat David Beckham *juga sama dengan aku*.. tapi ada satu perkara yang aku tak minat dengan dia ni..iaitu dia adalah penyokong kelab setan merah..ini bertentangan dengan aku kerana aku adalah peminat kelab Chel-Laut! tapi apa-apa pun kami tetap kembar!

haha..kalau korang nak kenal dengan lebih rapat lagi dengan dia boleh la melawat blog "ucent's fortress"..tapi jangan terlalu rapat kerana beliau sudah hampir berpunya..nak rapat-rapat ngan aku boleh la..akakaka..

gambar 'rare' zaman sekolah (amin,aku,ucent)



budak pendek berambut kerinting!
( pemilik blog)



:: ada masa nanti aku terjah blog korang pulak!

Pasukan hoki Malaysia ke-final!


sejarah sekali lagi tercipta hari ini..pasukan hoki kita berjaya ke final selepas kali terakhir melakukannya pad tahun 1958 *betul ke tahun tu?*..ye lah..apa-apa pun pingat perak dalam genggaman kita..tapi bukan itu yang seluruh rakyat malaysia mahukan..kita mahukan emas!

walau apa pun,tahniah buat skuad hoki negara! di final khamis ini ( 5 petang waktu malaysia) pasukan kita akan bertemu pakistan selepas pasukan itu menewaskan korea selatan..

aku dan beberapa orang kawan ku telah pergi ke kedai mak-mak di parit raja petang tadi untuk menonton perlawanan itu tadi..betul-betul membuatkan jantungku berdegup kencang..jaringan emas oleh amin rahim betul-betul membuatkan kami tersenyum lebar..haaha..




:: menaruh harapan emas
biar pun aku tak reti
main hoki!

sup tulang versi mangges!

first time aku memasak sup tulang..dan yeah! ianya berjaya! ahahaha..kelmarin aku membawa tulang daging korban dari taiping..*setelah agak dipaksa oleh ibu ku..haha..*jadi aku memasang niat untuk masak tulang tu siang tadi..pagi tadi aku yang agak malas-malasan bangun untuk melunaskan niat aku itu..mandi-mandi dan terus pergi ke kedai untuk membeli barang-barang resepi yang telah dipesan oleh ibu..*ibu lupa pesan halia dan lada hitam*

setelah membeli barang-barang tu aku terus pulang..membasuh tulang tersebut dengan tepung (untuk hilangkan bau hanyir) dan terus merebusnya..sambil tu aku memotong kentang dan bawang sebagai rencah..lama juga aku tunggu sampai lembut daging-daging tu..

sup yang sudah dimasak

pastu datang chef jijang membantu aku masak..masak punya masak, dan sup pun siap..terus kami beramai-ramai menyeduk sup tersebut untuk dimakan bersama nasi..siap buat sambal kicap lagi..pergh..memang sedap..walaupun tak cukup bahan,sup tersebut tetap licin..sampai kering-kontang periuk tu..



dan inilah juadah tengahari aku!



# terima kasih kepada jijang kerana membantu!
# terima kasih kepada eddy kerana mengacau!
# terima kasih kepada housemate kerana memberi sokongan!

:: pasni aku nak buka kedai sup tulang!

Sunday, November 21, 2010

alahai atuk!


kepada atuk chong wei..bila la ko nak kalahkan lin dan tu lagi..bosan betul la asyik kalah je..adakah pangkat datuk tu sepatutnya masa untuk chong wei bersara..walaupun kalah ngan 'super dan' tapi atuk tetap ranking number 1 BWF..tahniah!(dalam nada sinis)



:: 9 emas sukan asia?
sukar!

Saturday, November 20, 2010

Kurus dalam masa 18 bulan?


awek omputih yang tidak kurang cun nya diatas pada asalnya adalah seorang yang berjisim 165kg..harriet jenkins telah berjaya mengurangkan 95kg untuk mencapai 73kg untuk masa sekarang..macam mana beliau lakukan?dalam masa setahun setengah beliau berjaya kurus..

dalam kosmo hari ini ada menyatakan bahawa beliau mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam..betul tu..tak perlu diet tak tentu arah untuk kurus..dan jangan makan tak tentu arah kalau tak nak kurus*ini pesanan untuk aku ni*


rujukan | Kosmo Online
:: aku cuba untuk meng-kurus!
tapi tewas dengan nafsu makan..
ahahaha...

Friday, November 19, 2010

Ke'gian'an aku terlunas!


Pengumuman penting : mangges bukan mat gian!


hahaha..kali ni aku nak cerita kat korang tentang sesuatu benda yang boleh membuatkan aku ketagihan..ini bukan cerita tentang pil ektesi atau pil kuda atau ganja mampat berkilo-kilo atau ubat batuk cap ibu dan anak atau apa-apa yang berkaitan dengan ketagihan..tapi ia berkaitan dengan makanan..ops..ada gak makanan yang boleh mengakibatkan ketagihan..iaitu kas-kas..korang tau kas-kas?kalau tak tau biar aku cerita sikit..kas-kas adalah satu bahan penambah yang diletak dalam makanan supaya barang siapa yang memakan makanan itu akan merasa ketagih..dolu-dolu kas-kas amat sinonim dengan kedai mamak..kalau korang yang asyik nak makan kat kedai mak-mak tu mungkin korang telah diguna-guna dengan kas-kas tu..haha..

ok..berbalik kepada ketagihan aku tadi..sebenarnya aku dah lama tak makan benda alah ni lebih dari 10 tahun..ini kerana sukar untuk aku mendapatkan kedai ini disekeliling aku..akan tetapi sejak beberapa bulan yang lepas..kedai ini telah wujud di taiping sentral..yeah! aku berasa amat teruja untuk menikmatinya..dah lama aku nak pergi sebenarnya..tapi disebabkan tak ada kawan nak ajak lepak, aku kurungkan saja niat ku itu..

pada tarikh raya haji baru-baru ni..aku bersama angahku, ijadku dan 2 orang anak saudaraku yang memeningkan (daniel atau aku panggil dia 'pak nil' dan icha) telah beraya di A&W..oh..!dah lama aku tak berjumpa dengan beruang madu gemok yang memakai baju oren tersebut..dan makanan yang telah menghilangkan ketagihan aku adalah wafer ice-cream...oish..sungguh mengecurkan air liur aku semasa mula-mula sampai di kedai tersebut..

wafer ice-cream yang dah lama aku tinggalkan

akan tetapi keenakan menikmati hidangan tersebut agak terganggu dengan ketidak puas hatian pak nil kerana tidak mendapat mainan yang beliau inginkan..habis satu kedai dia menjerit..dan pekerja A&W tak perlu mengemop lantai kerana daniel telah pun berguling-guling diatas lantai sambil mengelap lantai tersebut..haha..semua orang tengok..dengan segera kami menghabiskan wafer dan root beer float untuk mengelakkan daniel mengelap lantai satu Taiping Sentral lak..kalau dia lap semua maka beliau akan ditawarkan bertugas di situ selama 4 tahun kontrak..

Pak Nil dan Icha



:: harap-harap A&W akan dibuka
di parit raja sebelum aku grad nanti!

Wednesday, November 17, 2010

Noh Hujan dan Mizz Nina bertunang!


assalamualaikum..salam aidil adha buat semua..aku menaip dengan tangan yang agak menggigil kerana mengerah tenaga menentang lembu korban tadi..baru aku tau macam mana keadaan orang yang parkinson tu..gigil macam vibrate henset..hehehehe..

ok..tadi balik dari menumbangkan 5 ekor lembu *aku sekadar watak sampingan aje* aku terus mandi..sebab bau badan aku hampir sama dengan kehebatan bau lembu..tahi lembu sudah seperti contengan celorang kat baju aku..eeiiiuuu..haha..kemudian aku terus meng'on'kan laptop abang aku ni..*selalunya aku tak update blog kalau time cuti..sebab rumah aku tak ada pc dan tenet* dan aku terus buka kosmo online ..tiba-tiba aku terbaca satu berita tentang bakal finalis anugerah juara lagu nanti iaitu noh hujan..

seperti tajuk yang telah aku taip ,ia berkaitan dengan pertunangan noh bersama mizz nina yang begitu glamer dengan lagu 'what r u waiting 4'..aku teliti berita tersebut dan mendapat tahu mereka bertunang secara senyap-senyap kerana menurut perintah keluarga..diorang bertunang 6 november lepas..tapi baru-baru ni je noh buat pengumuman kerana menghormati pendirian keluarga masing-masing..

tambah noh lagi..mereka akan menikah pada 1 julai 2011 bersamaan dengan tarikh lahir mizz nina juga..dia merasakan tarikh itu amat sesuai kerana kepadatan jadual karier masing-masing..

ok..tahniah kepada noh dan mizz nina..semoga berbahgia selalu dan berjaya didalam karier masing-masing..



rujukan | kosmo online



:: benda baik jangan dilengah-lengahkan..
what are u waiting for kan?

Perokok!


hari-hari ditelevisyen sekarang asyik tunjuk iklan jangan merokok..hentikan merokok..tapi aku tengok ramai juga orang-orang kat luar tu merokok..

iklan 'dont break my heart'..iklan 'cium 2 jari dan kemudian goyang-goyangkannya'..dan macam-macam lagi la..tapi kenapa tak berkesan ye?nak kata perokok-perokok tu tak tengok tv, tapi tak kan kowt..mungkin belum timbul kesedaran didalam hati mereka..

kat tv siap ada promote ubat berhenti merokok lagi..tapi..bak kata kawan aku..rokok ni kalau dah ketagih, dia jadi macam nasi gak la..contohnya kalau kita dah hari-hari makan nasi..tetiba tukar menu makan kerepek secara mengejut..mau menggigil dibuatnya..macam tu gak la rokok..kalau dah hari-hari menyedut asap..tak kan boleh berhenti kalau dengan telan ubat..

cuma bagi perokok tu..korang boleh cuba..bak kata pepatah..hendak seribu daya..tak nak seribu dalih..ada banyak cara untuk berhenti..kalau nak kan tips-tips berhenti merokok korang boleh tanya saja kat pakcik google..tak pun tanya kat uncle yahoo..kalau nak tunjuk rajin sikit..korang boleh pergi kat hospital atau klinik-klinik yang berhampiran..dapatkan nasihat doktor sakit puan atau tuan..hehe..

hidup aku dikelilingi oleh perokok-perokok tegar..walaupun aku tak suka tapi aku rela..kerana mereka kawan-kawanku..biarpun mereka cuba membunuh aku secara senyap dengan menggunakan asap rokok tersebut..mereka juga sedang berusaha membunuh diri sendiri secara perlahan juga..aku bukan anti perokok..tapi aku anti asap dan rokok..

kelebihan rokok|
  • rokok boleh buatkan perokok nampak macho
  • rokok boleh menambahkan kenalan
  • rokok boleh membangunkan ekonomi negara
  • rokok boleh mengurangkan tekanan
  • rokok boleh keluarkan asap berbentuk 'O'
  • rokok boleh membunuh perokok secara perlahan
  • rokok boleh membunuh orang sekeliling perokok secara senyap


:: aku harap para perokok tak marah
dengan apa yang aku tulis kerana
ia dari pandangan mata aku..
kalau korang ada sesuatu
yang hebat tentang rokok,
sila berkongsi dengan aku.
sebab kalau ia terlalu hebat,
aku juga ingin merokok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails