manggester

Thursday, September 30, 2010

Pendidikan Seks, Sekolah Harapan dan Baby Hatch



assalamualaikum w.b.t..


haish.. jam dah menunjukkan pukul 2.01 pagi..tapi pagi ni aku tetap nak menaip gak..secara tiba-tiba je ada idea untuk aku curahkan..mulanya aku baca entry blog terbangtinggitinggi ..jadi,aku pun rasa macam nak berkongsi pendapat gak..ini adalah pendapat aku saja..kalau tak setuju kita boleh berkongsi pendapat..

hurm..pertama sekali adalah tentang pendidikan seks..subjek ni dicadangkan untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah..aku tak pasti lah apa sillibus yang akan diajar..apa yang aku dapat tahu adalah salah satunya kaedah untuk mengelakkan berlakunya kehamilan..selain tu aku rasa mesti la ada berkaitan tentang tubuh badan manusia..tentang bagaimana persenyawaan berlaku..macam belajar biology gak la kot..

yang kedua adalah tentang sekolah harapan..sekolah harapan ( atau lebih mesra denga nama sekolah hamil..hehe..) ni didirikan kat melaka tuh..ia ditubuhkan untuk menempatkan remaja-remaja bawahan umur yang mengandung diluar kerelaan..[ alah..ada juga yang mengandung didalam kerelaan gak..dah memang diorang yang buat..] kat sekolah ni diorang akan belajar macam biasa juga.tapi dikelilingi oleh rakan-rakan yang senasib dengan mereka..

yang ketiga pula adalah tentang 'baby hatch'..ni pula adalah tempat dimana hendak dihantarkan bayi yang tak diingini oleh pasangan terlanjur melanjurkan diri..kalau korang yang dah terberanak kerana melanjur sila lah hantar baby korang tu kat sini..jangan la buang kat tong sampah plak..hari tu dah keluar berita yang mana baby pertama yang telah dihantar ke tempat tu..kononnya macam buleh masuk sejarah negara la..

comel..bayi pertama yang dihantar ke baby hatch..

KOMENKU - bagi aku la kan..dalam kesemua hal diatas tiada satu pun yang ditubuhkan untuk membendung gejala maksiat..ketiga-tiga perkara diatas adalah hanya sebagai kaedah untuk mengelakkan pembuangan dan pembunuhan bayi..kenapa tak di tubuhkan satu kaedah yang boleh mengelakkan daripada remaja-remaja ini tergelumang didalam kancah zina? contohnya sillibus subjek pendidikan seks mengajar tentang cara mengelakkan kehamilan setelah bersetubuh..hal ni seperti menggalakkan remaja-remaja melakukan perbuatan haram dengan betul..ia sama lah seperti seorang pencuri yang diajar untuk mencuri dengan betul untuk mengelakkan daripada ditangkap..

pulak tu..siap didirikan lagi tempat perlindungan untuk mereka-mereka yang hamil akibat dari hbungan luar nikah..bagi yang kes-kes tertentu ( seperti kes rogol ) tu tak kisah la jika mereka dilindungi..tapi,bagi yang sengaja mengandung tu tidak sepatutnya dilindungi..jika menurut kepada undang-undang islam, mereka yang berzina tu perlu dihukum..bukan dilindungi..

baby hatch pula ditubuhkan untuk mengelakkan daripada pembuangan bayi..benda ni pada aku tak sepatutnya ada , kerana ia seperti memberi ruang kepada mereka yang terlibat untuk melepaskan tanggungjawab selepas melakukan kesalahan..


PENUTUP - akan tetapi dalam ketiga-tiga program tersebut ada juga kebaikannya..tetapi kajian yang lebih teliti perlu dijalankan supaya gejala zina dapat dibenteras dengan lebih baik..bukan hanya untuk membenteras gejala pembuangan bayi..antara kebaikan-kebaikan yang ada bagi hal ini adalah supaya remaja yang hamil akibat dirogol tidak disisihkan daripada masyarakat..sekurang-kurangnya masih ada yang menyayangi mereka..selain itu nyawa bayi-bayi yang tidak berdsa dapat diselamatkan daripada melayang dengan sia-sia..






::bukan membangkang semua
tapi berkongsi pendapat
risau tentang generasi akan datang

Wednesday, September 29, 2010

ketam mengajar anaknya berjalan lurus..



anak ketam (encik krab)



korang mesti selalu dengar peribahasa "seperti ketam mengajar anaknya berjalan" kan? biasanya kita mesti mengkategorikan peribahasa ni sebagai negatif ..ye..pada dasarnya memang la nampak negatif..tapi,bagi aku ada sesuatu yang tersirat disebalik maksudnya..

pada kebiasaanya peribahasa ini bermaksud seseorang yang mengajar orang lain untuk melakukan sesuatu yang baik tetapi dirinya sendiri tidak lah sebaik mana apa yang diajarkan..contohnya Ali (bukan nama sebenar) mengajar Abu (bukan nama sebenar juga) bermain bola..sedangkan Ali juga seorang yang kaki bangku..hah..lebih kurang macam tu la..

itu adalah maksud yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat kita selama ini..bagi aku pula peribahasa ini juga ada nilai positifnya..seseorang yang mengajar seseorang lain untuk melakukan sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri melakukan kesalahan adalah satu sifat yang boleh dikategorikan bagus..

kenapa aku cakap macam tu ? sebab contohnya seorang bapa yang kerja-nya hanyalah sebagai seorang petani tetapi dia mengajar anaknya untuk lebih berjaya darinya..walaupun ayah tersebut tidak sebijak mana pun..tetapi dia mahu anaknya berjaya kelak..ini juga seperti ketam tu juga..

petani moden (farm ville)..hehe..

selain tu, kalau sekarang ni kita selalu tengok kat fesbuk yang banyak ceramah-ceramah dipostkan oleh kawan-kawan kita kan..kadang-kadang orang yang post tu bukannya alim sangat pun..hehe..tapi jika orang lain menonton ceramah tu dan dia mendapat sedikit input darinya, sekurang-kurangnya orang yang post tu ada la mendapat sedikit kebaikan..walaupun dirinya tidak begitu sempurna..

jangan la kita ni sound-sound pula kawan kita yang post tu.."diri sendiri pun tak betul,nak post-post ceramah pulak"kata kita..tak baik macam tu..mungkin dia akan berubah juga lepas tu..aku pernah dengar ceramah tabligh masa sekolah dulu..katanya " kita menegur orang ni seperti kita membaling bola kedinding.." maksudnya, jika menegur orang bukan hanya dengan niat untuk orang itu berubah..tetapi dengan niat supaya kita sendiri berubah serta berngat dengannya..disamping tu kita berharap la orang tersebut berubah juga..

selain tu dia juga berkongsi sedikit ilmu yang dia tahu..bak kata ayah aku..kalau tak boleh bawa semua, jangan ditinggalkan semua..maksudnya..kalau kita tak boleh buat sesuatu perkara tu, jangan la kita terus tak nak buat..sekurang-kurangnya kita berusaha la sikit..

ini adalah hanya pendapat aku..bagi budak-budak sekolah tu jangan ambil pendapat aku ni dalam periksa pulak..sebab maksud untuk peribahasa ni yang sebenarnya adalah lain dengan apa yang aku tulis ni..hehe..


kita menegur orang ni seperti kita membaling bola kedinding..



kalau tak boleh bawa semua, jangan ditinggalkan semua..




:: tak salah berkongsi apa yang kita tahu..

Tuesday, September 28, 2010

berbahasa malaysia tak boleh ke?


Chinta tv3

petang tadi aku tengok tv3 cerita CHINTA..best jugak cerita tu..fasha sandha pakai tudung tu..kiut gak la..tapi awal2 je la..hehe..sambil aku tengok serita tu ada lak iklan sinetron kat tv9 yang bertajuk cinta dan anugerah..antara pelakonnya adalah ashraf sinclair..bangga gak aku bila ada artis malaysia berlakon kat luar negara..sekurang-kurangya tak la artis kita terkongkong dalam malaysia je..

tapi la kan..ada satu perkara yang aku tak puas hati kat cerita tu..{eleh mangges ni..sume tak puas hati..nak puas hati belakon sendiri la..hehe..}bukan apa..sebab bila aku dengar je ashraf S. cakap, dia bersleng indon..kenapa eh?tak boleh ke dia menggunakan bahasa melayu..?

cuba kita tengok cerita malaysia sekarang ni..bila ambil pelakon indonesia tak pula dia bersleng Malaysia kan..! dia tetap dapat dialog indon..hurm..contohnya cerita cicakman2 (watak ramma) yang menggunakan pelakon indonesia..dia tetap menggunakan bahasa ibunda dia..siap watak tu memang dikhaskan untuk orang indonesia lagi..selain tu drama-drama melayu sekarang pun tetap menggunakan bahasa indon untuk sesetengah watak..

rrama (cicakman 2)

aku tak tahu la pihak perfileman malaysia ni tak tahu atau memang tak nak ambil tahu kot..dalam pihak kerajaan giat menjalankan kempen gunakan bahasa kebangsaan tapi pihak yang berkaitan ni seperti tidak ambil pusing tentang hal ni..dah la sekarang ni sinetron-sinetron tu dah melambak kat siaran tv kita sekarang ni..silap hari bulan kita sudah tak dapat nak bezakan bahasa malaysia dengan bahasa indonesia..

aku sebenarnya cuma luah kan pendapat je..kalau betul apa yang aku cakap ni harap pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan..kalau salah sila abaikan je..



:: apa salahnya kita terima kritikan..
sebab orang yang tak boleh terima kritikan
adalah orang yang bodoh..

ahad yang panas..

2,3 hari lepas aku takde update belog ni..sebab aku sibuk la..sejak aku menceburkan diri dalam program pesta konvo ni , banyak lak kerja aku..ahad lepas aku pergi menolong orang p gantung banner pesta konvo uThm..aku,afiQ,topek,rizal ngan tupak pun pergi la menggantung banner tu..dari pagi kul 9 kitorang dah gerak..tengahari tu memang panas betul..tak main-main punya..letih..haus..sume ada..

lepas gantung banner kitorang terus pergi rumah terbuka salah seorang dak kelas kami kat pontian..bbq lagi.pergh..tapi malam tu aku memang letih giler..hari isnin ada test lak..study pun belum..serabut giler aku..

aku pun mengambl keputusan untuk tidur dulu..pastu bangun kul 3 pagi terus study..alhamdulillah la boleh gak jawab walaupun aku menggunakan teknik memukul semua..ahahaha..sambil aku jawab aku nyanyi lagu maher zain-insyaAllah..rasa yakin je..akakaka..

ni aku share sket gambar yang telah disnap..


posing atas jejantas kat batu pahat

aku dengan gaya ala-ala spiderman..

dataran penggaram

malam tu aku letih sangat..g kedai beli air tonik ni..
pahit giler..sumpah aku taknak beli dah..haha..





:: pesta konvo uThm dijadualkan akan berlansung pada 8-12 okt ni..
mai la sama2 kita meriahkan program ni..

ada 1 pengumuman..
tiket konsert born4nature diturunkan kepada rm17..

Saturday, September 25, 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Selatan


Program : Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Selatan
Tarikh : 25 & 26 Sptember 2010
Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat (uThm)

salam..hari ini aku nak buat pegumuman pasal program ni lak..hurm..sejak 2,3 hari ni aku selalu update belog pasal aktiviti-aktiviti yang ada kat uThm ni..sebab sekarang ni banyak betul program yang telah diaturkan oleh pihak universiti..jadi,aku sebagai salah seorang penuntut tu perlulah mempromosikan sikit-sikit la..

ok.berbalik kepada program ni..antara acara yang telah disusun adalah ceramah interaktif dari angkasawan Malaysia, Mejar Dr. Faiz Khaleed yang berajuk 'Kreativiti dan Inovasi dalam Program Angkasawan Negara'..

selain tu ada juga program cabaran angkasawan Malaysia..yang ni aku tak pasti cam mana..mungkin dok kat balang yang anti graviti tu kot..sebab aku pun tak pergi lagi..nanti kalau aku dah tengok aku bagitau..

selain tu banyak lagi aktiviti yang telah dijadualkan..kalau korang nak tahu..datang la ke uThm batu pahat hari ni..( 25 & 26 September 2010)..masuk ada lah percuma..



:: tengah siap-siap nak pergi ni..
balik kang nak pergi kenduri kahwin
adik eddy kedai makan..

Friday, September 24, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows





Avada Kadavra..yeah! ini lah masa yangyang ditunggu oleh peminat-peminat ahli sihir remaja ni..Harry Potter 7 (HP7)..berdasarkan kepada apa yang aku tahu ini adalah filem terakhir bagi cerita ini..akan tetapi ia terbahagi kepada 2 bahagian..iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows : Part1 dan Harry Potter and the Deathly Hallows : Part2..


part 1 akan ditayangkan pada november 2010 manakala part2 pula akan ditayangkan pada 2011..aku memang minat dengan movie ni walaupun kadang-kadang aku tak faham pun ceritanya..bukan sebab apa..sebab aku selalu lupa watak-wataknya..jadi,bila ada siri yang baru aku terpaksa nak review movie yang lama..disebabkan dvd cetak rompak yang aku beli dulu dah hilang dan malas nak download kat tenet, maka aku akan terus je layan movie tu..maka,aku akan buat-buat faham je la..haha..

kalau nak suruh aku ceritakan sinopsisnya memang aku malas..jadi korang search je kat google tu..tak pun korang tengok je kat sini..




:: i ♥ emma watson

Thursday, September 23, 2010

Program Bumi Hijau uThm

klik gambar untuk besarkan


jom kita sama-sama menghijaukan bumi kita ni..
ni salah satu lagi aktiviti sempenan konvo uThm 10..
aku dah daftar dah..
kalau korang nak join try la tepon nombor tu..





:: ntah kenapa time banyak kerja ni la aku nak join program2 ni..

Wednesday, September 22, 2010

Kilat tu..off pc ngan moderm cepat..

Hujan diluar seperti segan-segan nak turun..tapi guruh berdentum bagai nak runtuh langit..kilat memancar seperti mahu membelah bumi..

Time macam ni aku mesti terus off pc ngan moderm..risau kena sambar petir..bagi aku biar tak boleh online sejam dari tak boleh online terus..kalau pc dah meletop,masalah besar tu..

Hurm..jd aku guna alternatif lain nak online..henpon!yeah aku boleh guna henpon untuk post sumthing kat belog dan mengkomen kat fesbuk..


Tengah mencuba untuk pertama kalinya..
Kalau keluar kat belog ,bermakna ia berjaya la..hehe..

Concert Born 4 Nature

salam..jom kita pergi tengok konsert kat Born4Nature ni kat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (uThm) sempena konvokesyen yang ke 10..konsert ni sebernarnya adalah anjuran born4nature tu..link facebook

Tarikh : 9 Okt 2010 (sabtu)
Jam : 8 mlm
Tempat : Padang Golf uThm

artis :1. Amy Search
2. LeftHanded
3. Hattan
4. Ana Raffali
5. Azlan & The Typewriter
6. Wynken Delirium
7. Sunny Sad Story


kepada sesiapa yang nak beli tiket boleh call 0197121210/0177694264..ni sebenarnya number phone kawan aku..kalau tak nak rugi kredit,korang mesej/email atau contact aku kat bentara_manggis1@yahoo.com.my atau manggis10@gmail.com





::aku mesti pergi..
nak tengok amy search ngan ana raffali..

apa yang korang taip kat status fesbuk..?


tugasan banyak berlonggok-longgok..
dah nak due date baru nak sibuk..
slalunya depan pc dia tercongok..
main belog dan main fesbuk..

huurm..tu ada pantun sikit untuk aku yang ngah banyak koje nak kena buat ni..esemen punya la banyak..FYP lagi la tak sentuh pun..due date dah nak dekat..supervisor dah bising soh anto progress..hadoi..

sebut pasal fesbuk aku skang ni ngah wat kajian kat fesbuk..huh..research untuk FYP tak siap lagi sebuk wat research kat fesbuk lak..haha..sebenarnya saja je aku usha2 fesbuk ni..tengok orang update status diaorang..macam-macam diorang tulis..ada yang luah perasaan..yang kongsi cerita..yang update macam information centre pun ada..ada yang..macam-macam lagi la..

jom kita tengok apa yang diorang post..

1. boring/bowink/b.o.s.a.n/ segala yang berkait dengan kebosananan..
  • pada pendapat aku ..sebenarnya diorang ni tak ada kerja..dok melangut depan pc tu..memang la bosan..cuba la buat benda lain guna pc tu..contohnya main game ke..taip surat rasmi ke..chatting..dll..satu cara untuk hilang kan bosan adalah pegi baca belog orang..(ini yang selalu aku buat..)
2. JB-KL-JB / BP-Muar-BP
  • ha..diorang ni yang memang melepak kat stesen bas kot..ngah pujuk orang beli tiket(ulat tiket)..hehe..tak de la..sebenarnya diorang ni nak bagitau kat orang lain yang diorang ni ngah membuat perjalanan dari satu destinasi kesuatu destinasi lain kot..
3. kenapa mata tak boleh nak tutop ni? / mengantuk tapi mata tak boleh pejam..
  • yang ni satu hal lagi..dah tau mengantuk tu pergi la lepak atas katil..yang dok mengadap pc tu apahal lak..tu la sebab tak boleh tido..sengal!
4. demam/flu/sakit pale..
  • hah..geng2 ni adalah golongan yang cuba meraih simpati la kot..nak minta MC malas nak pegi jumpe doktor..jadi diorang pun post la status ni..pastu dok melayan orang yang simpati kat diorang terus tak pergi kuliah/kerja..haha..ponteng je kejenye..(kita dah hidup bertahun2..kalau dapat sakit sehari dua tu bersabar je la..jangan mengeluh lebih-lebih)
5. f**k u la/ bodoh punya orang/ dll..
  • wah..bukan main marah lagi diorang ni..post status fesbuk dok maki-maki orang..tak puas hati saje..diorang je yang betul..diorang tak tau yang orang yang dimaki tu pun taip status yang sama..dok maki diorang balik..kekekeke..( kengkadang aku pun buat..tapi tak de la guna ayat2 lucah tu..)

sebenarnya banyak lagi status status fesbuk yang lain..tapi yang ni je la yang dapat aku taip selepas membuat sedikit kajian..kalau korang ada lagi contoh-contoh ayat status fesbuk yang lain boleh la kongsi kat sini..

tapi ingatlah..kalau kita post status fesbk tu jangan la sampai memalukan diri sendiri atau orang lain..sebab nanti ada pula yang tak puas hati..jangan membuka pekung didada..dan jangan lah menarik kain orang lain..renung-renungkan dan selamat beramal..

kadang2 betul gak carta pai ni..



::kepada yang rasa seperti terasa tu..
jangan la ambil hati sangat..
ni hanyalah gurauan semata-mata..
tiada kaitan yang hidup & yg mati..

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya uThm 2010

Lokasi : Padang Kawad uThm
Waktu : 11++ pagi - matahari tegak diatas kepala..


kupon (nasi beryani,eskem,mee goreng ngan air)

ini namanya kereta terbuka.bukan rumah terbuka..

di majlis kereta terbuka..sementara nak pergi majlis tu..

mereka yang sabar menunggu makanan..

student tengah menunggu nak amek makanan..

begini la keadaannya..panas pulak tu..





:: letih aku menunggu nak amek makanan..dah la panas..
pastu kena tunggu sampai kul 12.30 baru dapat..
aku tak dapat satay sebab bukan untuk student katanya..


Monday, September 20, 2010

justin bieber asia seorang OKU..


ampunkan saya..


sebenarnya post ni hanya untuk meminta maaf kepada justine bieber asia atau nama betul beliau adalah Dan Johnson Externon kerana telah mengterkutuk beliau..itu pun kalau dia baca dan faham la belog ni..dulu aku pernah post video mamat ni kat belog aku ni..tapi lepas aku baca artikel kat tubelawak.blogspot ni aku mula menyesal..

Johnson Externon sebenarnya ada penyakit yang dinamakan Autism ..dia dah jadi camni sejak umur 3tahun lagi..dan sebenarnya dia buat video ni untuk orang support dia sebab dia tak mampu buat benda lain..so dia buat video ni la untuk mengasah bakat beliau..


klik sini untuk tengok profile dia kat youtube





:: kepada johnson, saya memohon seribu kemaafan dari anda..
sama ada anda faham atau tidak,saya pohon maaf ye..

aku dapat anugerah ABP2010..



assalamualaikum..disini saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah saya sebab banyak menyokong..kepada pihak media yang sentiasa ambil berat tentang saya..kepada peminat-peminat..i love u olls..tanpa anda siapalah saya..*sob2* (kononnya ngah lap air mata terharu ni)

haha..eceh..terpoyo cam dapat award ABP lak..sebenarnya aku baru dapat award dari blog cOntenganku sebab aku jadi pengikutnya yang ke seratus..huh..bangga betul aku..walaupon hanya sekadar gambar kucing ,tapi ia adalah penghargaan tuan belog kepada pengikutnya..



betol kata tuan belog untuk capai pengikut sampai seratus
bukan nya senang untuk beloger2 kecil-kecilan seperti kita ni..




:: terima kasih kembali kepada cik bella utk award ni..
aku suka post dia yang ni > click

belog berhabuk, pc bersawang




gambar diatas dapat menerangkan segalanya..
betapa berhabuknya belog aku..
dan betapa bersawangnya pc aku..
sampai spiderman pun boleh bersarang kat sini..

hurm..sebenarnya aku baru sampai di parit raja semalam..
setelah puas beraya ala kadar aku pun berhijrah kembali ke selatan tanah air ni..
untuk menyambung kembali lagi se-sem setengah lagi blajo..

err..sebenarnya gambar ini adalah signboard uThm kat tepi highway tu..
disebabkan driver aku memandu terlalu laju..
jadi gambar tak clear..
sengal punya driver 'Ikram Ekspress'

ini adalah driver aku..
pemandu yang gagal ujian L..
undang2 jalan raya memang fail..
aku sebagai co-pilot/navigator amat kecewa dengan beliau..





:: dalam proses mengemas barang-barang..
spiderman tu aku nak biarkan je..
boleh dia jaga keselamatan pc aku..

Monday, September 13, 2010

Jom Puasa Setahun..!



berdasarkan kepada tajuk diatas, mari lah kita berpuasa selama setahun..err..tapi boleh ke puasa setahun..rasanya tak boleh..sebab bila tiba 1 syawal kita diharamkan berpuasa..jadi dah tertolak satu hari..haha..

tak da la..sebenarnya aku nak ajak korang semua puasa 6 dibulan syawal..sebab..



“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahuanhu : Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716). Imam Ahmad dalam musnadnya (2/204-5/417/419). Abu Daud (2433). Tirmizi (759). Nasaii dalam As-Sunan al-Kubra (2/2862). At-Thayalisi dalam Al-Musnad (hlm. 81). Abdurrazzak dalam Al-Musannaf (7918, 7919, 7921). Ibnu Syaibah dalam Al-Musannaf (3/97). At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar (2238, 2340,2341,2345). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/292), H/R Ahmad 417. Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716)



ha..jadi apa lagi..jom la kita sambung puasa selama 6 hari dibulan syawal ni..tak susah pun..sekarang kita baru berada di hari ke-empat syawal..maka kita ada lagi 26 hari lagi untuk berpuasa..jika kita berpuasa selama 2 hari seminggu (isnin dan khamis) maka kita boleh habiskan dalam 3 minggu sahaja..

6 hari saja


lagipun sekarang ni orang dah start kerja dah..tak kan ada orang buat rumah terbuka hari kerja tak?mesti diorang buat hari jumaat sabtu atau ahad..hurm..alang-alang dah berhabes duit beraya hari tu,kita boleh la berjimat..tapi yang penting adalah niat yang utama Lillahitaa'la..



:: aku baru nak start ni..
jom kawan2 kita puasa sama-sama..
nanti boleh raya sama-sama..

3 hari, hari raya


salam raya ke 4..

hurm..dah seminggu aku tak update belog ni..

arini baru berkesempatan..

saja aku buka nak upload gambo raya..

tak best pon raya ni..

beraya sebagai anak tunggal..

adik beradik laen semua tak balik..

sikit je gambo yang ada..

1 syawal..



gambarajah 1 : bergambar di bawah pohon ciku rumah makco (kakak ibuku)



2 syawal..

hoh!!raya tak da karen..bergelap la rumah aku serta jiran2 satu taman..


gambarajah 2 : lemang dalam kegelapan sebab blackout









gambarajah 3 : ibuku menunggu kembalinya karen..

3 syawal..

err..tak da gambar..tapi raya ke-3 ni aku g beraya umah jiran2..tak kan nak amek gambo kat umah jiran lak..segan la pulak.

:: raya ke-4 aku tak wat pape kat umah..

tadi sedara datang..

pastu diaorang balik aku pun kluar..haha..

Saturday, September 4, 2010

Top 3 peserta balik kampung paling lewat (Tmn Bunga raya)

Pertandingan balik kampung paling lewat..
soleh tersingkir..
kemungkinan juaranya adalah esan..



gambarajah 1 : peserta terakhir tersingkir dari program balik kampung

gambarajah 2 : soleh mendapat sumbangan hari raya dari afiQ

gambarajah 3 : tersingkir..(first time motor tu keluar dari batu pahat)

Top 3 : esan,afiQ,aku..
kemungkinan juaranya adalah esan..


:: aku dah nak gerak ni..
bye..salam aidilfitri..

Perantau nak balik kampong..









:: wahai perantau-perantau..
Jom balik kampong!!

aku pergi balai polis?

mornink!!pagi ni aku cuba sedaya upaya untuk menaip..walaupon penat bergelak ketawa di court futsal kul 2 pagi semalam..eh! ada entry lagi..semalam kat entry selamat hari raya macam dah tak da entry dah..haha..pagi ni aku alas kan belog ni sebelum aku tinggalkannya..supaya ta la brhabuk sangat nanti..

berdasarkan kepada tajuk..mangges dibalai polis..kenapa ye?aku buat salah ke? atau aku wat report tentang jenayah?
gambarajah 1 : balai polis parit raja

hurm..sebenarnya aku tak buat jenayah mahupun melaporkan kes jenayah..cua semalam aku beserta afiq dan rizal pergi ke balai polis parit raja untuk mengisi borang balik kampung..apa tujuannya? tujuannya adalah untuk meletakkan rumah sewa kami dibawah pengawasan pihak polis..supaya pihak polis sentiasa memantau rumah kami semasa keterbalikan kekampungan kami nanti..

gambarajah 2 : mereka tetap aktif dihari raya

yer la..musim raya ni macam-macam boleh berlaku..contohnya kes pecah rumah la..kecurian..dan tidak ketinggalan kes-kes kecemasan contohnya seperti kes kebakaran..jika kita sudah meregisterkan rumah kita kat balai tu.maka senang lah pihak polis untuk menghubungi kita jia berlaku kecemasan..

gambarajah 3 : bukan pecah rumah yang ini ye..(sumber google)

ok..bagi korang yang mahu mendaftarkan rumah sewa anda semasa cuti ni..sila lah ke balai polis berdekatan untuk mengisi borang tersebut..jangan risau..polis tu ramah-ramah orangnya..bagitau saja kat kaunter tu yang korang nak register rumah korang untuk pengawasan polis semasa cuti ni..





:: first time aku masuk balai polis..


Friday, September 3, 2010

Jom datang beraya rumah mangges!!



assalamualaikum..
hari ni mungkin hari terakhir aku boleh update belog ni..
sebab start esok aku dah tak da internet..
esok nak pergi jay bee lepak-lepak berbuka ngan dak2 ayer molek..
pastu, hari isnin dah nak balik taiping..
umah kat taiping pun tak da tenet..
jadi, belog ni akan berhabuk sepanjang raya ni nanti..
tapi kalau aku berkesempatan untuk ke-cc, aku akan update belog nih..
(lepak cc macam dak2 sekolah lak..hehe)

okeh..
dikesempatan ini aku ,muhamad zulfadhli aka mangges ingin mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
aku memohon maaf jika ada menyinggung perasaan blogger laen atau sesiapa saja yang ada menjenguk belog ni..
jadi, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut hingga kehujung kaki..
disini juga aku ingin mengemukakan kemaafan bagai korang juga..
walaupun korang tak da buat salah ngan aku..
haha..kira 0-0 la..

akhir kata..
aku nak jemput korang untuk datang beraya dirumah aku kat taiping..
ni aku sertakan alamatnya sekali:

218,jalan 19,
Tmn Kuning Sari,
Jln Air Kuning,
34000,Taiping,
Perak Darul Ridzuan..

gambarajah 1 : siap map skali aku bagi..

nampak macam jauh je rumah aku dari tol tu..
tapi sebenarnya dekat je..
tak sampai sepuluh minit dah tiba..
jadi apa lagi..
mai serbu rumah aku..




:: tak kisah la sapa2 nak datang..
kenalkan diri je kat aku ckp geng2 blogger atau
pembaca belog mahupun geng2 fesbuk..
rumah aku sentiasa terbuka..
aku anak tunggal raya ni..
so,aku harapkan kawan2 je la dtg umah..

Sila tunaikan zakat fitrah anda..





“ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…
(surah al-Taubah 19: 103)

hari ini adalah hari jumaat terakhir kita dibulan ramadhan kali ini..maka ,kita tinggal lebih kurang 6-7 hari lagi sebelum kita menyambut hari lebaran..tapi adakah amalan kita sepanjang ramadhan ni mencukupi atau masih seperti biasa-biasa saja..bagi mereka yang telah beramal dengan sepenuh hati maka mereka adalah dari golongan yang bertuah..dan bagi mereka yang masih biasa-biasa saja tu masih ada lagi waktu untuk mereka meningkatkan amalan.

tadi aku pergi sembahyang jumaat di masjid jamek uThm..khutbah hari ini berkaitan dengan ibadat zakat..ha..korang semua dah tunaikan rukun islam yang ke-4 tu belum..?bagi mereka yang berkaitan la..dan bagi mereka yang masih dibawah tanggungjawab orang lain tu ,tolong lah ingatkan mereka supaya membayar zakat fitrah secepat mungkin..bukan apa..cuma takut terlupa saja nanti..sebab bila kita membayar zakat selepas solat aidilfiti maka ia tidak diterima sebagai zakat..tetapi ia dikira sebagai sedekah saja..jadi ibadat puasa kita tidak lengkaplah..

ada 8 golongan yang layak menerima zakat..iaitu:
  1. orang fakir
  2. orang miskin
  3. amil yang menguruskan zakat
  4. mereka yang baru memeluk islam
  5. hamba yang belum merdeka
  6. golongan yang berhutang
  7. golongan yang berjuang di jalan Allah
  8. musafir yang terputus bekalan
maka, jika kita berzakat kita dapat membantu mereka-mereka ini . disamping dapat menunaikan ibadat kita juga dapat membantu golongan yang bermasalah..

"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya,
untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang
diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana”
[At-Taubah : 60]

gambarajah 1 : zakat adalah memberi sedekah

ok..tahun ni (2010) nilai zakat fitrah bagi negeri johor adalah rm5 atau rm7.50 seorang mengikut jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat..dan bagi mereka yang tinggal dinegeri lain sila gunakan google dengan sebaik mungkin untuk mengetahui nilai zakat anda..kerana encik google sentiasa akan menjawab segala persoalan anda..hehe..dan tunaikan zakat pada amil yang bertauliah..



:: jangan lupa tunaikan zakat harta anda juga..
kerana ia membersihkan harta anda dari segala kekotoran..
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails